© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM

Regim Mesir Khianati Umat Islam

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Tuesday 23 June 2015


Tindakan Kerajaan Kudeta Mesir di bawah regim pimpinan Presiden Abdel Fattah as-Sisi untuk membuka kembali pejabat Kedutaan Mesir di Tel Aviv merupakan satu petaka malang pada Ramadhan yang mulia ini dan pengkhianatan ke atas seluruh umat Islam.

Keputusan itu membuktikan karektor sebenar regim Mesir bahawa mereka selama ini adalah talibarut kepada negara pengganas dunia dan bersekongkol dengan Zionis Israel untuk menggulingkan pemerintahan Kerajaan Mesir pilihan rakyat di bawah pimpinan Dr Mohamed Mursi.

Saat dunia dan masyarakat antarabangsa mengutuk penjajahan Israel ke atas kedaulatan Palestin dan kezaliman serta pembunuhan terhadap kaum Muslimin di Tanah Suci umat Islam itu, regim Mesir menghulur tangan menjabat hubungan diplomatik.

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat hubungan tersebut sebagai usaha pengukuhan geostrategik Israel sekaligus untuk mengarus dan menguasai kepentingan politik dunia. Ia bakal mengundang tragedi hitam ke atas kemanusiaan sejagat amnya dan Islam secara khususnya akan terus dikambing hitamkan dengan pelbagai tuduhan terorisme.

Situasi itu kelak akan dimanipulasi untuk menjadikan Mesir sebagai jambatan menghubungkan Israel dengan negara-negara umat Islam dirantau Asia Barat dan Timur Tengah khususnya. Dengan rekod buruk dimiliki negara pergerakan Freemason itu, mereka akan memperkudakan pihak lain sebagai boneka hingga mengundang pelbagai ketidakstabilan politik, bencana ekonomi dan gugatan keselamatan dunia.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) menggantung keanggotaan Mesir. Kami juga menyeru kepada seluruh umat Islam agar bangun menyatakan bantahan dan menyelar keputusan memalukan umat Islam itu.

Biodata Penulis

Ustaz Muhammad Khalil bin Abdul Hadi dilahirkan di Terengganu pada tarikh 20 Mac 1977. Beliau merupakan anak sulong kepada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Alumni Universiti Iman, Yaman. Beliau juga adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-