© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM

Sejarah Pembangunan Laman Web Rasmi Lajnah Tarbiyah DPPM

Laman web ini dibangunkan atas rancangan Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi ketika pertengahan tahun 2012. Laman web ini bertujuan untuk memperkenalkan Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), di samping menjadi saluran alternatif penyampaian maklumat berkaitan dokumentasi usrah dan tarbiyah.
Kewujudan laman web berkonsepkan tarbiyah, dakwah dan siasah milik Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) adalah sebuah impian yang begitu lama terpendam, ia sentiasa segar dan tidak pernah berhenti mengharapkan kepada Allah agar menjadi kenyataan. Pembangunan laman web ini memiliki asas yang kukuh iaitu Tarbiyah Islamiyah. Matlamatnya, mempersembahkan segala isu-isu berkaitan tarbiyah agar menjadi inspirasi dan kekuatan kepada setiap belia muslim yang beriman kepada Allah swt, di samping membina jati dirinya menjadi segagah agamanya juga. Justeru laman web ini sentiasa menjadi temannya, pengawalnya dan kekasihnya [Ustaz Nik Mohamad Abduh].

Kandungan web ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua ahli-ahli PAS untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman terhadap intisari perjuangan Islam yang diwarisi daripada Para Nabi dan Para Rasul. Kami mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan kemudahan yang disediakan ini. Selamat melayari laman web ini. Sekian terima kasih.
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-