© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » Al Quran Jelaskan Tentang Celakanya Golongan Penyokong Kezaliman

Al Quran Jelaskan Tentang Celakanya Golongan Penyokong Kezaliman

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Monday 8 April 2013

 
Sebagaimana Allah Taala memerintahkan semua agar berlaku adil, Allah juga melarang semua pihak daripada melakukan kezaliman. Allah mengharamkan kezaliman dengan larangan yang sekeras-kerasnya. Allah mencela orang yang berlaku zalim. Allah berjanji akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat di dunia dan juga di akhirat. Firman Allah Taala :



"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim." (Ali Imran:57)


"Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya." (Al Ana'am:21)


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." (Al Maidah:51)


"Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka." (Al Kahfi:59)



"Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya)." (An Naml:52)


Al-Quran – lebih jauh – telah melarang orang Muslim menjadi orang yang zalim. Begitu juga al-Quran melarangnya dari menjadi pembantu kepada orang yang zalim, atau cenderung kepada orang yang zalim, kerana dia akan ikut serta dalam dosa dan balasan kezaliman tersebut. Firman Allah Taala tentang Fir’aun :


"Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim." (Al Qasas:40)


Lihatlah bagaimana Allah sertakan bala tentera bersama Fir’aun dan menganggap kesemua mereka adalah manusia zalim. Firman Allah lagi :

"Dan janganlah kamu cenderung menyokong orang-orang yang zalim kelak (kalau kamu berbuat demikian), api neraka akan membakar kamu, Pada hal tiada seorang penolong pun untuk kamu selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat apa-apa pertolongan." (Hud:113)

Perkataan “Ar-Rukuun” dalam ayat ini bererti cenderung, maka dengan cenderung sahaja pun kepada kezaliman sudah diharamkan oleh al-Quran dan diikatkan dengan cucuhan api neraka, di samping kehilangan pertolongan Allah kepada mereka.

Biodata Penulis


Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin berasal dari Masjid Tanah, Melaka. Pernah melanjutkan pengajian ke Mesir antara 1965-1974 di Maahad Bu’uth sebelum ke Universiti al-Azhar dalam bidang Syariah dan Perundangan di Jabatan Fiqh Muqaran (Perbandingan Hukum) dan diploma pendidikan dalam universiti yang sama. Bergiat aktif dalam Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan menjadi Presiden NGO itu pada tahun 1999-2003. Selain dari PUM beliau turut memimpin Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA). Sementara itu di dalam PAS, beliau adalah AJK PAS Pusat dan Ketua Lajnah IT PAS Pusat.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-