© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » Kerajaan Baru Tunisia Angkat Sumpah

Kerajaan Baru Tunisia Angkat Sumpah

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Thursday 14 March 2013


Perdana Menteri baru Tunisia, Ali El-'Erayyidh mengangkat sumpah di hadapan Presiden negara itu, Munsaf Merzouqi semalam, 13 Mac menggantikan Hamadi El-Jabali, Setiausaha Agung Parti Nahdhah yang meletakkan jawatan. Jabali menerajui kerajaan Tunisia bermula 13 Disember 2011 selepas Parti Nahdhah memenangi majoriti kerusi dalam Parlimen Tunisia pada pilihanraya Oktober tahun yang sama, 10 bulan selepas kejatuhan rejim Zainal Abidin Ben Ali.

Kerajaan Jabali berhadapan ujian paling getir apabila seorang tokoh pembangkang beraliran sekular, Syukri Bel'eid mati dibunuh di hadapan kediaman beliau dengan empat das tembakan pada 6 Februari 2013. Kematian Bel'eid menyebabkan suasana tegang dalam politik Tunisia dengan siri bantahan dilakukan di mana-mana. Parti-parti aliran sekular telah menuding jari kepada Presiden Parti Nahdhah, Rashid Ghanoushi dan kelompok Islam lain yang dituduh mendalangi pembunuhan Bal'eid.

Situasi politik Tunisia bergelora seketika walaupun tidak sehebat Mesir yang memaksa Jabali meletakkan jawatan bagi memberikan laluan kepada pembentukan kerajaan yang baru.

Jawatankuasa Tertinggi Parti Nahdhah yang diketuai oleh Syeikh Rashid Ghanoushi kemudian membuat keputusan melantik El-'Erayyidh yang menganggotai jawatankuasa parti mengetuai kerajaan baru Tunisia. El-'Erayyidh merupakan Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Jabali.

Parlimen Tunisia yang bersidang telah memberikan kepercayaan kepada kerajaan baru selepas undian dijalankan yang menyaksikan 139 orang daripada 217 anggota Parlimen bersetuju sementara 45 yang lain tidak bersetuju serta 13 baki tidak hadir.

El-'Erayyidh aktif dalam Parti Nahdhah sejak tahun 1981. Beliau pernah dihukum mati oleh rejim Ben Ali dua kali tetapi dimaafkan dan pernah meringkuk dalam penjara selama 15 tahun kerana melibatkan aktiviti pembangkang.

Dalam anggota kabinet baru, selain Parti Nahdhah yang berteraskan Islam, terdapat dua lagi parti beraliran sekular yang turut menyertai kerajaan Jabali. Parti Nahdhah juga bersetuju menyerahkan kementerian utama diterajui oleh golongan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana ideologi politik.

Hebatnya kuasa Allah, mereka yang pernah meringkuk dalam tahanan kerana dizalimi akhirnya dikurniakan kedudukan oleh Allah manakala mereka yang zalim dihina sewaktu di dunia lagi. Itulah yang kita lihat berlaku di Mesir, Libya dan Tunisia hari ini. Di mana Mubarak? Di mana Ben Ali? Di mana Ghadaffi? Ketahuilah, setiap kezaliman terdapat pengakhirannya.



Biodata Penulis

M.Abdul Malik bin Abdul Karim mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar Fakulti Bahasa Arab, Kaherah. Banyak menulis esei berkaitan isu-isu hangat di Timur Tengah, antara buku tulisan beliau bertajuk Mesir Sebelum Dan Selepas Dr.Mursi, Travelog Luka Air Mata Syria dan banyak lagi. Anak kelahiran Kelantan Darul Naim ini memilih PAS sebagai platform perjuangan Islam di Malaysia.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-