© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » , » Barisan Perosak Mesir

Barisan Perosak Mesir

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Tuesday 5 February 2013


Walaupun pelbagai inisiatif dan usaha dilakukan oleh banyak pihak bagi mengurang ketegangan dalam negara, tetapi akhirnya rakyat sendiri yang menilai siapa yang sayang (patriotik) kepada negara dan siapa yang menjahanamkan negara.

Ikhwan Muslimin yang menjadi bahan momokkan media saban hari kononnya akan menghancurkan negara tetapi pada 22 Januari lepas, mereka bersama-sama beberapa individu kenamaan lain melancarkan kempen "Bersama Membangunkan Negara". Seperti yang saya petik agenda mereka sebelum ini dalam kempen ini bagi membaikpulih lebih 2,000 sekolah-sekolah milik kerajaan, selain rawatan kesihatan percuma dan aktiviti-aktiviti kebajikan lain yang mampu dimanfaatkan oleh lebih 1 juta rakyat.

Berbeza hal mereka yang menggelarkan diri dengan nama "nukhbah" atau "golongan elit" yang menamakan gerakan mereka sebagai "Barisan Penyelamat Mesir". Tidak habis-habis menyalakan api persengketaan dalam masyarakat. Walaupun kali ini taktik mereka 'baling batu sembunyi tangan' tetapi hakikatnya mereka menjadi dalang di sebalik semua itu.

Lihat apa yang terjadi dua tiga hari kebelakangan. Kekecohan yang dilakukan oleh kumpulan perusuh dan samseng upahan hampir meranapkan tembok pagar pejabat rasmi Presiden Mursi di Istana Ittihadiyah. Bakar dan menconteng pagar dengan perkataan maki hamun kepada Ikhwan Muslimin dan Mursi selain cuba membakar hadapan pintu Masjid Umar bin Abdul Aziz, sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan istana.

Begitu juga keganasan yang didalangi oleh kumpulan "Black Block" yang diisytiharkan kumpulan pengganas oleh Peguam Negara Talaat Abdullah. Beliau mengarahkan pasukan keselamatan untuk menangkap anggota kumpulan tersebut. Akibatnya, Pejabat Peguam Negara juga dikepung dan cuba diserang oleh kumpulan berkenaan. Malang seribu kali malang, media persendirian yang dimiliki oleh bekas orang kanan Mubarak telah mengundang anggota kumpulan tersebut ke studio untuk diwawancara.

Ikhwanonline hari ini mendedahkan kajian yang dilakukan oleh stesen siaran BBC yang beroperasi di Britain bahawa 82 peratus responden dari kalangan warga Mesir yang ditemui menyifatkan "Barisan Penyelamat Mesir" sebagai barisan perosak dan menjahanamkan negara.

Rakyat terus muak dan jelek dengan perminan kotor dan ganas mereka. Yang hairan, setiap kali 'tangan untuk berunding dan dialog' dihulurkan mereka menolak.

Walau apapun, percayalah, suhu kepanasan politik Mesir kembali panas hanya kerana beberapa bulan terdekat, rakyat Mesir akan keluar mengundi sekali lagi dalam Pilihanraya Dewan Rakyat. Semuanya kerana gimik politik.Rakyat Mesir akan membakul sampahkan mereka sekali lagi selepas mereka menerima 'pukulan maut' dalam referendum perlembagaan baru yang lalu.
Abdul Malik bin Abdul Karim merupakan Mahasiswa Universiti Al Azhar Jabatan Bahasa Arab.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-