© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » Mengenang Peristiwa Memali

Mengenang Peristiwa Memali

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday 20 November 2015


Pada tanggal 19hb November 2015. Satu Tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku 30 tahun lalu di Kampung Siong, Memali Baling Kedah. Sebanyak 14 orang kampung terkorban mempertahankan guru mereka Al Syahid Ibrahim Libya di dalam peristiwa yang dikenali sebagai Peristiwa Memali.

Ibrahim Libya yang mendapat didikan di Mesir dan pernah berkhidmat  sebagai guru agama, penceramah agama RTM yang membuka pondok pengajian di kampungnya. Beliau mendapat sambutan baik dari masyarakat kampung. Ketegasan beliau dalam mempertahankan dasar dan prinsip Islam menyebabkan beliau dituduh pemecah-belah masyarakat dan dianggap sebagai penjenayah. 

Bagi menghalalkan Peristiwa Memali,, Ibrahim Libya bersama penduduk yang terkorban dianggap sebagai “Bughah”, atau “shabih bil Bughah” atau penderhaka.

Meskipun 30 tahun sudah berlalu, kezaliman Peristiwa Memali ini akan tetap dituntut di akhirat. Pemimpin yang terlibat dan pasukan tentera yang menjadi alat kepada tindakan zalim ini mesti diadili. Sehingga kini, peristiwa ini tidak pernah dibicarakan di mahkamah. Mangsa dan waris terus menderita kehilangan keluarga dan harta benda.

Manusia boleh lari dengan pelbagai alasan si dunia ini, namun apabila mulut terkucil, anggota menjadi saksi dan keadilan akan tertegak di akhirat kelak, penyesalan sudah tidak berguna lagi. Yakinlah kezaliman adalah kegelapan di akhirat. Kita terus berdoa agar mereka diadili. Hak mereka mesti dikembalikan. Pemimpin yang terlibat mesti dihadapkan di mahkamah dunia sebelum mereka dihadap di mahkamah Allah di akhirat.

Sementara peluang masih terbuka, PAS berharap mereka yang terlibat bertaubat, memohon maaf kepada waris yang terlibat dan ganti rugi mesti dibayar.

Kepada al-Syahid Ibrahim Libya dan 13 mangsa yang lain, kita sentiasa memanjatkan doa serta rahmat Ilahi agar mereka diterima sebagai syuhada’ di atas pengorbanan mempertahankankan diri, harta dan agama mereka. Al Fatihah.

Bagi PAS, tragedi malang tidak sepatutnya berlaku atas alasan rekaan kononnya untuk menghapuskan penjenayah di bawah Operasi Angkara/Hapus yang dikatakan melibatkan 3,600 anggota polis dari pelbagai unit dan 2 kereta perisai.

Peristiwa Memali ini tetap dikenang sebagai lambang kezaliman kerajaan Umno-BN ke atas pimpinan dan ahli-ahli PAS. Sejarah sedih ini tetap tidak akan dilupakan walaupun kerajaan pernah mengeluarkan arahan melarang majlis memperingati peristiwa sedih ini.

Peristiwa ini adalah antara titik mengapa PAS, terutamanya ahli-ahli PAS tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik dengan Umno-BN sebagaimana yang ditegaskan Presiden PAS, bahawa PAS akan terus menjadi pembangkang dan tidak akan menyertai BN.

Biodata Penulis

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Jerantut, Pahang Darul Makmur. Beliau mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan melanjutkan sehingga ke peringkat Sarjana (M.A) dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan. Pernah menyandang sebagai Naib Presiden PAS pada tahun 2009-2004. Kini sebagai Timbalan Presiden PAS.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-