Politik Mesir sangat rumit. Banyak perubahan positif yang telah diusahakan oleh Presiden Dr Mohamed Morsi, namun badan kehakimannya masih dikelilingi para hakim yang pro-rejim Hosni Mubarak. Rakyat kebanyakannya juga masih belum dapat menerima pentadbiran Morsi yang dibayangi gerakan Ikhwan Muslimin.
Ketika Undang-Undang Kehakiman Mesir hampir dibentangkan dan bakal dibahaskan oleh anggota Dewan Senat Mesir, tidak semena-mena dewan itu telah dibubarkan oleh Mahkamah Tinggi. Ini kerana, buat sementara waktu Dewan Senat mengambil alih kuasa perundangan Dewan Rakyat yang terlebih awal dibubarkan sebelum ini. Peraturan ini bakal meletakkan institusi kehakiman lebih telus dan bebas dari penyelewengan.
Antaranya berkaitan umur persaraan hakim. Pada zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat umur persaraan hakim adalah 60 tahun. Tetapi pada zaman Mubarak umur persaraan dilanjutkan menjadi 70 tahun. Hal ini menjadi sebahagiarf faktor utama meningkatnya pengangguran bagi para pelajar lepasan jurusan undang-undang.
Pada era Mubarak juga seorang hakim boleh melantik 40 orang daripada kaum kerabat mereka walaupun terdapat di kalangan mereka yang tiada kelayakan akademik. Jika undang-undang ini diluluskan maka hakim yang korup berada dalam bahaya. Jadi Dewan Senat mesti dibubarkan oleh Mahkamah Tinggi yang korup juga. Tindak tanduk Mahkamah Tinggi Perlembagaan yang membubarkan Dewan Senat Mesir telah pun dijangka.
Sangat menghairankan apabila dua badan penggubal perundangan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Senat tidak wujud dalam satu masa. Begitu juga isu perlembagaan negara yang makin menimbulkan kekeliruan kepada rakyat yarig keluar menyatakan persetujuan mereka dalam referendum tahun lalu. Dalam masa yang sama terdapat puja kelompok di kalangan rakyat Mesir sibuk untuk menuntut mengadakan pilihan raya Presiden lebih awal melalui kempen kumpul tanda tangan sedangkan keutamaan perlu diberikan untuk mengisi kekosongan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.
Kempen mengumpul tanda tangan ini telah dimulakan oleh sekumpulan aktivis muda berdasarkan apa yang mereka anggap sebagai kegagalan pihak pemerintah dalam mentadbir negara. Mereka memulakan petisyen undi tidak percaya kepada Presiden Mursi dan pentadbirannya. Setakat ini, dikatakan bahawa pihak penganjur telah menerima lebih dua juta tandatangan.
Kempen yang dikenali sebagai “Tamarrud” ini yang dilancarkan kira-kira sebulan lalu di Dataran Tahrir, tetapi ia telah berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini. Beberapa pihak yang berpengaruh telah mengumumkan bahawa mereka yang menyertai kempen ini. Antara mereka adalah ahli-ahli parti politik, artisan dan aktivis belia. Pengaruh kempen Tamarrud telah meluas dan memadai untuk memburukkan pemerintah Mesir sehingga Presiden Morsi menuntut satu laporan lengkap mengenai kempen tersebut dah bagaimana untuk menanganinya.
Jurucakap kempen Tamarrud, Mahmud Badr berkata, kempen ini dilancarkan selepas Presiden Mursi dilihat seperti tidak berkaliber untuk mentadbir negara itu. Ini kerana rakyat negara itu boleh menilai sendiri keadaan negara ini yang berterusan dilanda krisis ekonomi dan politik.
Konflik politik di negara itu mula tercetus selepas pemerintah Mesir melancarkan dekri presiden pada November tahun lalu dan terus berlarutan sehingga Perlembagaan baru digubal. Sehingga kini, Dr Morsi terus dikritik pihak pembangkang kerana didakwa cuba memperkukuhkan pengaruh Ikhwan Muslimin dalam pentadbiran negara. Lebih buruk lagi, para penentangnya menolak penerapan syariat Islam dalam perlembagaan baru yang akan dibentangkan.
Bagaimanapun, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang mewakilkan Morsi dalam pilihan raya presiden yang lalu telah menolak penganjuran kempen tersebut dan menegaskan rakyat • mesti menghormati keputusan pilihan raya sebelum ini.
Pihak penganjur kempen yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menunggu sehingga pilihan raya 2016 untuk mengubah keadaan. Mereka juga bakal menganjurkan demonstrasi besar-besaran pada 30 Jun ini sebagai tanda simbolik semasa tarikh Presiden Morsi mengambil kuasa daripada junta tentera pada tahun lalu.
Dengan ini, telah jelas bahawa kempen ini merupakan satu bentuk pemberontakan terhadap pemerintah yang sah. Apa yang nyata sekali ialah sokongan rakyat kepada Presiden Morsi adalah lebih besar daripada kelompok penentangnya. Kempen "Tamarrud" ini hanyalah satu lagi episod penentangan pro-sekular dan liberal terhadap pembaharuan yang dibawa oleh Presiden Morsi.