© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » Maal Hijrah

Maal Hijrah

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Tuesday 30 August 2022





 Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah bukanlah semata-mata bagi melepaskan diri daripada menghadapi tekanan, penindasan, dan penghinaan; apatah lagi jika hendak disamaertikan dengan pelarian atau suaka politik.

Bahkan, lebih besar daripada itu, hijrah Baginda Rasul SAW bersama para sahabat RA adalah dengan membawa suatu gagasan murni, iaitu untuk membina sebuah masyarakat madani dan melaksanakan keadilan sama ada terhadap orang Islam mahupun yang bukan Islam.

Seterusnya, hijrah juga sangat berkait rapat dengan jihad bagi mempertahankan aqidah dan menegakkan Islam dalam diri serta negara yang berwawasan akhirat supaya Islam memimpin bukan dipimpin. Pada masa yang sama, jihad juga bererti tidak menyerah kalah kepada musuh demi mendukung dan mengangkat syariat Islam ke tempat yang tertinggi.

Justeru, peranan dan tanggungjawab bagi menegakkan dan mempertahankan Islam perlulah digalas oleh semua pihak, sama ada oleh para pemerintah mahupun rakyat jelata secara keseluruhannya. 

Hayatilah iktibar melalui kisah hijrah Rasulullah SAW yang sangat mendidik kita agar sentiasa yakin terhadap janji Allah, teguh dengan keimanan, kukuh dengan persaudaraan, serta sabar dalam menjunjung risalah Islam yang agung.

Untuk itu, saya mewakili pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) amat berbesar hati mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan Salam Maal Hijrah 1444H kepada seluruh umat Islam.

Mudah-mudahan, dengan kehadiran tahun baharu ini, Allah SWT senantiasa memperbaharui jiwa kita dalam kembara menjadi seorang hamba, khalifah, dan pemegang amanah yang kekal berada di atas jalan petunjuk-Nya.


ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS.

Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-