© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » , » Syria Jadi Isu Utama di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

Syria Jadi Isu Utama di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday 8 February 2013


Satu sidang kemuncak yang dihadiri pemimpin-pemimpin utama Islam telah diadakan di Kaherah pada hari Rabu, 6 Februari, di mana majoriti mereka mengangkat konflik di Syria sebagai isu utama pertemuan tersebut kerana konflik di sana telah meragut beribu-ribu nyawa masyarakat Islam tidak berdosa.

"Rejim Syria (Bashar Al Assad) harus belajar dari sejarah akibat kebangkitan rakyat yang berlaku di seluruh negara," kata Presiden Mesir Mohamad Mursi dalam ucapan perasmian persidangan kemuncak OIC - Organization of Islamic Cooperation summit kali ke-12 yang dipetik oleh Agence France-Presse (AFP).

"Mereka yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyatnya sendiri akan berakhir dengan nasib tragis."

Sidang kemuncak dua hari itu dihadiri oleh 57 anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) termasuk Iran, sekutu tegar kerajaan Bashar Al Assad. Manakala wakil Syria tidak hadir pada sidang kemuncak Islam selepas digantung keanggotaan OIC sejak dari bulan Ogos tahun lepas di Arab Saudi. Pihak pembangkang dari Syria mendakwa bahawa mereka tidak menerima jemputan dan tidak akan menghadiri persidangan tersebut.

Dalam persidangan itu Mursi menggesa semua ahli OIC termasuklah Ahmadinejad, Presiden Iran yang hadir dalam pertemuan sidang OIC tersebut agar menyokong usaha pembangkang Syria bagi menyatukan dan membawa perubahan.

Satu kenyataan yang digubal oleh Jabatan Hubungan Luar OIC berkata bahawa komuniti akhbar Reuters terus menyalahkan kerajaan Assad yang telah menjadi punca pembunuhan berskala besar di negaranya dan turut menggesa agar peralihan politik segera dilaksanakan.

"Kami menggesa rejim Bashar di Syria untuk lebih bersikap bijaksana menjayakan dialog yang serius terhadap gabungan revolusi Syria kebangsaan, pasukan pembangkang, dan wakil-wakil kerajaan Syria yang masih hidup agar komited melakukan transformasi politik di Syria."

Draf yang dikeluarkan oleh Jabatan HUbungan Luar OIC juga menggesa Gabungan Pembangkang Kebangsaan Syria (Syrian National Coalition - SNC) untuk menyegerakan pembentukan kerajaan peralihan dan bersedia memikul tanggungjawab sepenuhnya sehingga selesai proses perubahan yang diingini kepentingan politik bersama.

Sementara Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pula menyatakan bahawa kaedah ketenteraan bukanlah penyelesaikan terbaik menangani konflik di Syria. Dalam isu yang pertemuannya dengan Mursi, beliau memaklumkan persediaannya untuk meningkatkan kembali hubungan Iran-Mesir dalam semua sektor. "Negara Iran bakal membuka teknologi senjata dan berkongsi cara pembangunan dan kemajuan negara Mesir," katanya.

Iran telah terputus hubungan dengan Mesir sejak zaman pemerintahan Anwar Sadat lagi iaitu selepas Kaherah menandatangani Perjanjian Damai di Camp David dengan Israel di mana Amerika menjadi orang tengahnya pada tahun 1978. Amerika kemudiannya memberikan perlindungan kepada Reza Pahlavi yang digulingkan dalam revolusi Iran. Lawatan Presiden Ahmadinejad ini merupakan lawatan pertama seorang pemimpin Iran ke Mesir sejak tahun 1979.

Kini lebih daripada 60,000 orang rakyat Syria telah terbunuh dan beberapa puluhan ribu lagi cedera dalam menghadapi penentangan 19 bulan terhadap rejim Bashar Al-Assad.

Penentangan terhadap Assad bermula sebagai protes aman menegakkan seruan demokrasi dan hak rakyat yang lebih besar, tetapi secara beransur-ansur ia beralih kepada perjuangan bersenjata, antara majoriti Sunni terhadap Bashar Al Assad dan minoriti Alawiyyah.

Perjuangan Isu Palestin


Dalam persidangan itu juga, Presiden Mesir turut menyeru para pemimpin yang hadir membantu apa jua usaha bagi menamatkan penderitaan rakyat Palestin di bawah penjajahan Israel yang telah menghuru-harakan negara tersebut dalam dekad yang begitu panjang.

"Mesir jelas dan komited menyokong rakyat Palestin sehingga mereka mendapat kebebasan dalam sebuah negara merdeka," Mursi berkata.

"Masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab untuk menghentikan aktiviti penempatan haram di atas tanah Palestin," katanya merujuk kepada penempatan Israel.

Rundingan damai yang ditaja oleh Amerika Syarikat pada tahun 2011 gagal kerana keengganan Israel untuk menghentikan aktiviti penempatan di tanah Palestin yang diduduki mereka.

Mesir menyambut kejayaan 25 Januari revolusinya yang berhasil menumbangkan pemimpin autokrat Hosni Mubarak pada tahun 2011. Presiden Mursi seterusnya berazam membentuk asas dalam melancarkan negaranya ke ufuk baru kemajuan, katanya. - OnIslam.Net
Kumpulan Penterjemah Berita Antarabangsa Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-