© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » HAKIKAT BAI’AH

HAKIKAT BAI’AH

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Tuesday 5 April 2022

 



Allah berfirman:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan diri dan harta mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, maka di antara mereka ada yang terbunuh dan dibunuh. (Balasan syurga yang demikian adalah) sebagai janji benar yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Kitabnya Taurat dan Injil serta Al Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualannya itu, dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At Taubah: 111)


Ustaz Syed Qutub berkata: Hakikat baiah ini (sebagaimana yang di sebutkan oleh Allah sebagai kemuliaan dan kelebihan daripadaNya ) ialah Allah swt telah memilih untuk diriNya jiwa raga orang yang beriman…dan Allah tidak memberi peluang sedikitpun kepada mereka mengenainya..mereka tidak berpeluang meninggalkan sesuatupun tanpa digunakan ke jalan Allah…mereka tidak mempunyai pilihan sama ada untuk berjihad atau tidak..Sekali-kali tidak..ia hanya khusus untuk Allah yang menjadi sebagai pembeli.


Pembelinya boleh melakukan menurut apa yang dikehendakiNya dengan menepati apa yang telah digariskannya. Penjualnya pula tidak mempunyai pilihan kecuali terus berjalan di atas jalan yang telah digariskan. Tidak boleh lari dan tidak boleh memilih, tidak boleh membantah dan tidak boleh membangkang. Dia tidak boleh berkata apa-apa kecuali mentaati, bekerja dan menyahut menerima.


Nilai harga adalah syurga. Jalannya adalah jihad, membunuh dan dibunuh. Penyudahnya adalah kemenangan ataupun syahid. Sesiapa yang menjual diri dan harta di atas jalan ini, maka dia adalah seorang mukmin…orang-orang yang beriman adalah mereka yang dibeli oleh Allah lalu mereka menjual.


Di antara rahmat Allah, Dia telah memberikan nilai harga pada jual beli ini. Kalaupun Allah swt tidak meletakkan nilai yang tinggi ini , Dia tetap merupakan pencipta kepada jiwa manusia dan harta yang dijual itu. Ia merupakan jual beli yang menakutkan akan tetapi ia tidak akan luput dari tanggungjawab seseorang mukmin yang berupaya kecuali dengan keluputan imannya.


Ayat-ayat Allah ini telah mengetuk pintu hati generasi yang awal dahulu di zaman Rasulullah saw. lalu secara langsung ia berpindah dari hati-hati yang beriman kepada realiti kehidupan mereka dan tidak setakat perasaan yang dirasai di dalam hati mereka . Mereka menerima ayat-ayat al Quran untuk terus melaksanakannya, untuk mengubahnya kepada gerak-geri yang dapat disaksikan…. bukan kepada gambaran yang hanya diamat-amati di dalam pemikiran.


Begitulah yang telah dilakukan oleh Abdullah bin Ruwahah di dalam perjanjian Aqabah Kedua. Muhammad bin Kaab Al Kurzi dan lain-lainnya berkata: Abdullah bin Ruwahah telah berkata kepada Rasulullah saw.  ( iaitu di malam perjanjian Aqabah): “Syaratkan untuk Tuhanmu dan untuk dirimu menurut apa yang engkau kehendaki.” Baginda bersabda: “Aku syaratkan untuk Tuhan ku supaya engkau menyembahNya dan tidak menyengutukanNya dengan sesuatu, dan aku syaratkan bagi diriku pula supaya engkau mempertahankan aku sebagaimana engkau mempertahankan diri dan harta engkau.” Dia menyambung dengan berkata: “Apakah yang kami perolehi apabila kami lakukan sedemikian?” Baginda menjawab: “Syurga..” Mereka berkata: “Jualan telah beroleh keuntungan, kami tidak akan membatalkannya  dan tidak akan minta dibatalkannya.”


Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Presiden Pas

Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-