© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Home » » HAYATI KEMERDEKAAN DALAM ACUAN TAUHID DAN JIHAD

HAYATI KEMERDEKAAN DALAM ACUAN TAUHID DAN JIHAD

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday, 6 September 2019





Hayati kemerdekaan sebagai sebuah nikmat besar anugerah Allah SWT.

Kemerdekaan yang perlu dihayati sebagai pembebasan dalam acuan pengabdian seorang hamba yang tulen.

Neraca kemerdekaan dan pembebasan seorang hamba, adalah di saat seluruh jiwa mereka terhubung dengan undang-undang Allah SWT.

Ia mesti diterjemahkan melalui konsep ketauhidan dan jihad yang syumul dan teguh.

Melaluinya, Allah SWT telah menggariskan panduan dan asas utama pembinaan jihad yang benar iaitu:

1. Membina keteguhan Syakhsiah.

2. Berjuang dalam konsep jamaah yang tersusun dan teguh.

3. Mencurah seluruh kekuatan dan pengorbanan dalam acuan ketabahan dan kesabaran menghada­pi cabaran dan kesulitan serta keazam­an untuk terus berjuang.

Firman Allah SWT:

‎إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

‘Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh’ - Surah Al-Saff ayat 4.

Dalam ayat yang lain, Allah SWT turut berfirman:

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui’ - Surah Al-Maaidah ayat 54.

Ia bererti, di saat kita bertauhid dan berjihad dengan prinsip dan kaedah ini, bermakna kita telah melakukan pembebasan yang sebenarnya iaitu:

1. Bebas beraqidah dengan Aqidah yang benar.

2. Bebas berdakwah dan menyampaikan ajaran Islam tanpa sekatan.

3. Bebas untuk menegakkan Hakimiyatullah ( undang-undang Allah SWT ) untuk memimpin di atas muka bumi.

Akhirnya, lahirlah generasi kemerdekaan yang kita impikan iaitu: ‘ Generasi yang tunduk kepada Allah SWT, hilangnya sifat ‘Assabiyyah, serta mereka meredhai Allah SWT dan Allah SWT meredhai mereka’.

Benarlah kata cerdik pandai:

‘Harga sebuah kemerdekaan adalah jiwa yang bangkit dan berjuang!’

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-62. Selamat menuju redha dan keampunan Allah SWT. Mudahan kita dan Negara yang kita cintai ini terus bebas daripada belenggu penjajahan.

Ayuh, kita merdeka dengan Islam!

#IslamMemimpinPerpaduan.
#DemiIslam.
#CintaiParaUlamakdanPejuang.
#HayatiNilaiPerjuanganMereka.

Us Syeikh Muhd Mujahid
Pengerusi AKTAR DPPNS
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM) | Pengerusi AKTAR 2017 Ustaz Hazmi bin Dibok
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-