© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » POLITIK DAKWAH PAS

POLITIK DAKWAH PAS

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Tuesday 18 September 2018




1. Politik Dakwah adalah satu kriteria dari 7 kriteria Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dibudayakan oleh PAS dalam gerakkerjanya.

2. Politik Dakwah menjadikan PAS bersikap terbuka kepada siapa jua pihak, individu dan parti yang mahu mendekati dan berkerjasama dengan PAS.

3. Sementara mereka yang menjadikan PAS sebagai musuh dan sering dijadikan sasaran fitnah, PAS sabar mendepani mereka dan tidak akan mengalah dalam menghadapi serangan mereka yang bertali arus.

4. Muktamar PAS yang berlangsung di Kuala Terengganu kali ini menyaksikan satu sejarah yang menggilap budaya politik dakwah PAS apabila PAS mengundang pemimpin UMNO ke muktamarnya setelah sekian lama bermusuh di pentas politik negara.

5. Perkembangan terbaru ini adalah hikmah yang sangat besar kepada politik negara ekoran jatuhnya kerajaan UMNO dan BN setelah mereka memerintah negara lebih 60 tahun lamanya.

6. Pendekatan terbaru PAS dengan konsep Ta'awun Siasi (kerjasama politik) bersama  UMNO dan merealisasikan politik dakwah dalam gerakkerja politiknya adalah berpaksi pada tuntutan Islam yang selama ini menjadi dasar PAS.

7. Sementelah UMNO bersedia untuk  bekerjasama dengan PAS, maka PAS membuka pintu kerjasama dan mengajak mereka berdiri atas prinsip Ta'awun A'la Birri wa Taqwa (kerjasama di atas kebajikan dan tunduk kepada Allah swt.)

8. Terdapat pihak yang tidak senang dengan perkembangan ini. Terutama pihak dari kompenan Pakatan Harapan (PH). Lalu mereka menyerang, memfitnah dan maki hamun kononnya PAS telah lari dari dasar perjuangan asal apabila bekerjasama dengan UMNO.

9. Persoalannya, PAS yang bekerjasama dengan UMNO, kenapa mereka pula yang resah dan kelam kabut. Bukan kah mereka mahu mengalahkan PAS ? dan menawan Kelantan serta Terengganu ? Jika kerjasama PAS dan UMNO ini merugikan PAS, sepatutnya mereka menyokong usaha kerjasama ini.

10. Mereka dilanda resah, justeru kerjasama ini merugikan mereka bukan merugikan PAS. Sementelah PH hari ini sedang bergolak dan hubungan parti-parti kompenan mereka tidak stabil.

11. Ahli dan pimpinan PAS yang Istiqamah dan komited dengan Amal Islami Insyaallah tidak tergugat dengan segala propaganda dan politik laga yang dicetuskan oleh mereka.

12. Sebaliknya meneruskan perjuangan melandasi halatuju PAS yang jelas ke arah mencari Mardhatillah, memugar kekuatan ummah, memperjuangkan Islam dan menyelamatkan rakyat dan negara dengan Islam.

Sejahtera Bersama Islam.

Sekian.

Oleh: Nasrudin bin Hassan

Ketua Penerangan PAS Pusat.Oleh: Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-