© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » Lawatan Trump ke Asia Barat: Yang Tersurat dan Tersirat

Lawatan Trump ke Asia Barat: Yang Tersurat dan Tersirat

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Thursday 1 June 2017


Sudah menjadi lumrah dalam politik negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat (AS) dikuasai oleh Zionis-Freemason. Ia adalah perkara yang sudah tidak menjadi rahsia terbuka. Mana-mana presiden yang mahu memenangi pilihan raya mestilah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada negara haram Israel. Tidak ada mana-mana negara dalam dunia apabila diadakan pilihan raya maka setiap calon atau parti yang bertanding akan dikhususkan agenda kempennya menyokong negara luar dengan menyebut nama negara tersebut iaitu Israel. Setiap sendi penting dalam pentadbiran AS, ekonomi dan media massa dikuasai oleh Zionis-Freemason.

Dalam pilihan raya presiden AS baru-baru ini, kedua-dua calon sama ada daripada Demokrat atau Republikan iaitu Hillary Clinton dan Donald Trump menyebut dengan jelas dan nyata sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada Israel. Akan tetapi Trump lebih meyakinkan berbanding Clinton. Beliau bukan sahaja menyatakan sokongan bahkan dokongannya untuk menghalang mana-mana ancaman keselamatan terhadap Israel. Trump dalam kempennya juga memuji Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebagai seorang rakan yang baik. Justeru tidak pelik Trump berjaya memenangi pilihan raya ini walaupun diseliputi pelbagai kontrovesi.

Sekarang ini Trump mengotakan janjinya dalam lawatan yang sedang berlangsung di Asia Barat. Matlamat kepada lawatan ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk kepentingan Israel khususnya dari sudut keselamatan dan pertahanan. Yahudi telah diisytiharkan oleh Allah sebagai kaum yang bangsat dan takut mati, mereka hanya berperang di sebalik tembok dan senjata yang paling canggih. Tembok yang dimaksudkan bukan sahaja dinding yang boleh menghalang peluru untuk menembusinya bahkan juga tembok melalui perjanjian pertahanan yang boleh menjamin keselamatannya. Inilah yang sedang dilakukan oleh Trump bagi pihak Israel.

Perjanjian keselamatan pertama dalam lawatannya ialah dengan Arab Saudi, kenapa Arab Saudi? Arab Saudi ialah “big brother” kepada negara-negara teluk yang menjadi “lembu susu” yang diperah duit dan kekayaannya sekian lama. Arab Saudi bersetuju untuk membeli senjata-senjata AS dalam tempoh 10 tahun dengan nilai tidak kurang dari AS$350 bilion. Tujuannya ialah untuk menghadapi ancaman serantau khususnya Iran dan ISIS. Walaupun jumlahnya begitu besar, adakah ia menyamai kekuatan pertahanan Israel? Tidak sama sekali!

Israel anak emas AS sejak dari awal penubuhannya. Mana-mana presiden AS tidak akan membiarkan keselamatan Israel terancam. Negara-negara yang pernah menggugat Israel di Asia Barat disembelih satu persatu dengan tidak dinafikan kezaliman pemimpin-pemimpin mereka. Iraq, Libya dan Syria sudah dihancurkan kekuatan persenjataannya. Dahulu, negara-negara ini mengancam keselamatan Israel, tetapi sekarang ini tidak lagi. Kemelut dalaman yang mengorbankan ribuan nyawa menjadikan Israel dalam keadaan aman. Matlamatnya ialah untuk memastikan Israel menjadi kuasa tunggal di Asia Barat.

Adakah logik perjanjian pertahanan yang kosnya mencecah ratusan billion dolar AS untuk menghadapi ISIS yang tidak mempunyai walaupun sebuah jet pejuang, peluru berpandu dan roket jarak jauh. Tidak lain dan tidak bukan tujuannya ialah untuk berdepan dengan kumpulan-kumpulan bersenjata Islam yang menentang Israel seperti Hamas, Jihad Islami mahupun Hizbullah yang bermazhab Syiah dan juga gerakan-gerakan Islam yang menyokong perjuangan mereka bagi membebaskan bumi palestin dari cengkaman Zionis Yahudi.

Abdul Bari Atwan, seorang penganalisis politik terkenal yang berasal dari bumi Palestin, mempersoalkan adakah jumlah yang begitu besar dibelanjakan oleh Arab Saudi boleh membebaskan Masjid al-Aqsa dari tangan Zionis Yahudi. Tidak sama sekali, yang hanya tercapai ialah untuk memerangi negara-negara yang lemah seperti Yaman, Syria dan Iran. Akhirnya mereka hanya menjadi alat untuk kepentingan Zionis-Freemason.

Sejurus selapas melawat Riyadh, Trump berlepas ke Israel dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu. Beliau dibawa melawat ke Gereja Kiamat, tempat suci kepada penganut Kristian dan seterusnya ke Dinding Menangis (wailing wall) tempat suci kepada Yahudi. Trump mencatat sejarah sebagai presiden AS pertama melawat Dinding Menangis semasa menjawat jawatan. Dalam kenyataannya sejurus selepas pertemuan dengan Netanyahu; Trumph menyatakan dengan jelas proses damai akan dihidupkan semula dan akan diwujudkan gabungan negara-negara Arab bagi menghadapi ancaman Iran.

Fahmi Huwaidi, seorang wartawan Arab yang mempunyai fikrah Islam memberikan komen yang pedas dengan menyatakan; lawatan ini hanyalah untuk menjamin keselamatan Israel. Beliau menyebut, di saat Trump bercakap soal keamanan antara Palestin dan Israel tetapi dalam masa yang sama membisu terhadap ribuan rakyat Palestin yang dipenjarakan oleh Israel. Setiap presiden AS yang datang silih berganti akan bercakap tentang perjanjian damai antara Palestin dan Israel. Bagaimanakah perdamaian akan tercapai jika sekiranya saban tahun AS meluluskan berbilion dolar untuk menyokong Israel dari sudut ketenteraan.

Umpama pepatah yang menyebut; tangan kanan menggosok tetapi tangan kiri menyembelih leher. Bagaimana keamanan akan tercapai selagi mana Israel terus menjajah dan menakluk bumi Palestin?

Robert Fisk, seorang wartawan British yang terkenal memberikan komen yang tajam dengan menyatakan lawatan Trump ini bertujuan untuk mewujudkan pakatan Nato versi negara-negara Arab bagi menghadapi ancaman Iran dan Syiah. Ia tidak mengejutkan, apabila Netanyahu menyatakan dengan penuh gembira; saya tidak sabar untuk mengambil penerbangan dari Tel Aviv ke Riyadh bagi memastikan perkara ini berlaku.

Inilah senario terbaru yang sedang berlaku di dunia Islam. Api peperangan sudah dinyalakan di Iraq, Yaman, Syria dan Libya. Sekarang hanya menunggu masa untuk marak dan sampai kepada kemuncaknya. Asia Barat menjadi medan pertembungan kerana unsur-unsur agama, ekonomi, geopolitik yang ada padanya dan tidak terdapat pada tempat-tempat lain. Tetapi malangnya umat Islam sentiasa dijadikan alat untuk kepentingan musuh-musuhnya. Tidak serik dengan luka-luka lama yang telah merobek jasad umat Islam melalui perjanjian-perjanjian jahat yang telah menggadai nyawa, maruah dan tanahair mereka.

Semangat perkauman yang membuta tuli, cintakan kepada kemewahan dan sayangkan kepada kedudukan menjadikan mereka buta untuk melihat perancangan-perancangan jahat musuh Islam ini. Benarlah apa yang telah diberikan amaran oleh Rasulullah ﷺ akan fitnah dajjal di akhir zaman. Nabi ﷺ menyebut orang-orang beriman akan melihat perkataan “kafir” di dahinya. Hari ini walaupun dajjal sebenar belum lagi muncul, akan tetapi malangnya umat Islam masih tidak dapat melihat kedajalan AS-Zionis Yahudi untuk menghancurkan umat Islam walaupun di atas dahi mereka jelas kekufurannya.

Biodata Penulis

Muhammad Khalil Abdul Hadi merupakan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-