© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » Israk dan Mikraj: Memahami Akidah dan Tanggungjawab Amilin

Israk dan Mikraj: Memahami Akidah dan Tanggungjawab Amilin

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Sunday 23 April 2017


Israk dan Mikraj merupakan peristiwa aneh dan ajaib yang menjadi kritikan golongan orentalis dan penghinaan golongan penentang. Bagi Umat Islam, ia wajib dipercayai dan diyakini sekalipun sukar difikirkan oleh rasional akal manusia.

Tatkala manusia berkenderaan dengan unta dan kuda, Nabi Muhammad ﷺ di-israk dan di-mikrajkan dalam satu malam sahaja sekalipun menempuhi jarak yang jauh. Sebab itulah Abu Jahal yang mendapat khabar berita ini mentertawakan Baginda ﷺ.

PAS sebuah gerakan Islam yang menanam akidah pegangan yang tinggi sehingga melepasi batas rasional akal manusia. Sebelum ini beberapa penganalisis dan pengkaji mengkritik dan menganggap PAS tidak akan menang dengan bersendirian dan tidak menyertai mana mana pakatan.

Hakikatnya PAS telahpun menerajui satu arus keyakinan bersandar kepada Allah Yang Maha Berkuasa memberi kemenangan dan kekalahan sekalipun dihina dan dikritik oleh orang orang kebanyakan. Kisah kisah yang dinyatakan di permulaan Surah al-Israk sudahpun menghuraikan hakikat ini.

Lihatlah Kisah Nabi Nuh yang diejek dengan gila, kerana membina sebuah kenderaan yang boleh berjalan di atas air. Lihatlah Kisah Nabi Musa yang membelah lautan. Lihatlah Kisah Nabi Isa yang bercakap ketika masih di dalam buayaian. Tiada apa yang tidak mampu dilakukan oleh Allah.

Inilah peranan dan tanggungjawab Para Rasul yang mesti difahami dan ditekuni oleh para amilin yang mewarisi perjuangan mereka. Bukan hanya sekadar menunggu untuk dijemput berkuliah, sebaliknya menyampai dan membimbing. Di dalam Fi Zhilal al Quran, Sayyid Qutb membuka huraian Surah al-Israk dengan menyatakan;
هذه السورة - سورة الإسراء - مكية، وهي تبدأ بتسبيح الله وتنتهي بحمده؛ وتضم موضوعات شتى معظمها عن العقيدة; وبعضها عن قواعد السلوك الفردي والجماعي وآدابه القائمة على العقيدة; إلى شيء من القصص عن بني إسرائيل يتعلق بالمسجد الأقصى الذي كان إليه الإسراء. وطرف من قصة آدم وإبليس وتكريم الله للإنسان.
“Surah ini (Surah Israk) diturunkan di Mekah dan dimulai dengan tasbih (menyucikan) Allah, dan diakhiri dengan pujian kepada-Nya. Terkandung di dalamnya banyak perbahasan, kebanyakannya membahaskan dalam bab Aqidah. Ada juga sebahagiannya membahaskan kaedah kehidupan individu dan berkumpulan, serta peradabannya yang terbina di atas tiang aqidah. Hinggalah kepada perbahasan tentang kisah Bani Israel yang ada kaitannya dengan Masjidil Aqsa yang menjadi destinasi Israk. Ada juga dibahaskan tentang Kisah Nabi Adam dan pemuliaan Allah terhadap manusia.”

ولكن العنصر البارز في كيان السورة ومحور موضوعاتها الأصيل هو شخص الرسول - صلى الله عليه وسلم - وموقف القوم منه في مكة . هو والقرآن الذي جاء به، وطبيعة هذا القرآن، وما يهدي إليه، واستقبال القوم له. واستطراد بهذه المناسبة إلى طبيعة الرسالة والرسل، وإلى امتياز الرسالة المحمدية بطابع غير طابع الخوارق الحسية وما يتبعها من هلاك المكذبين بها. وإلى تقرير التبعة الفردية في الهدى والضلال الاعتقادي، والتبعة الجماعية في السلوك العملي في محيط المجتمع.. كل ذلك بعد أن يعذر الله - سبحانه - إلى الناس، فيرسل إليهم الرسل بالتبشير والتحذير والبيان والتفصيل وكل شيء فصلناه تفصيلا .
“Akan tetapi, unsur yang paling utama sekali di dalam binaan surah ini dan paksi perbahasannya yang utama ialah keperibadian Rasulullah itu sendiri, serta pendirian kaum di Mekah terhadapnya. Iaitu persoalan tentang al-Quran itu sendiri dan apa yang diserukan, serta penerimaan kaum terhadapnya. Sehubungan dengan perbahasan perbahasan ini, ia menanggung persoalan tabiat Risalah dan Para Rasul di samping menceritakan keistimewaan Risalah Nabi Muhammad , yang berlainan daripada mukjizat hissiyyah dan akibat yan membinasakan golongan pendusta. Seterusnya membahaskan tentang penetapan tanggungjawab individu terhadap hidayah dan kesesatan aqidah serta tanggugjawab kumpulan (kelompok) terhadap perilaku amali di dalam lingkungan masyarakat. Semua tanggungjawab ini dipundakkan ke atas mereka selepas Allah menerangkan sebab-Nya kepada manusia dengan mengutuskan Para Rasul-Nya kepada mereka untuk menyampaikan berita gembira, amaran dan peringatan, penjelasan dan perincian.”

Allah berfirman;
وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْنَاهُ تَفْصِيلًا
“Segala sesuatu kami telah jelaskan dengan terperinci.” (al-Israk: 12)

Justeru, kefahaman akidah yang ditanam di dalam Surah al Israk ini mengajak kita supaya memahami aqidah, tanggungjawab dan peranan para amilin khususnya PAS dalam mengemudi bahtera memahamkan Aqidah Islam kepada masyarakat apatah lagi terpaksa berhadapan dengan golongan rasionalism.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menghuraikan peristiwa Israk dan Mikraj menyatakan;

“Kita menyaksikan, selepas kejatuhan Soviet Union, ratusan juta umat Islam diserang, ditindas, dibelasah, dijajah, diseksa, dan dibunuh oleh penjajah Timur dan Barat. Penjajah Barat ialah negara-negara Kapitalis, negara Eropah, negara Kristian. Timur pula adalah negara Komunisme. Negara umat Islam dipecah-pecahkan, dibahagi-bahagikan antara kuasa-kuasa besar. Umat Islam dihancur leburkan. Namun, kita juga menyaksikan cahaya Islam tidak padam. Agama ini bukan sahaja tidak berjaya disekat, malah ia terus berkembang dan berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Dalam keadaan umat Islam begitu lemah ini, Allah menunjukkan kekuasaan-Nya yang Maha Besar.”

Cukup bagi seorang amilin yang memahami tanggungjawab dan peranan untuk diteruskan, mereka pastinya tidak akan berhenti dalam bekerja untuk Islam, kerana keyakinan mereka disandarkan semata mata kepada Allah, Kuasa yang memenangkan Islam dan meranapkan taghut.

Biodata Penulis

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil merupakan graduan Universiti al-Azhar di Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah. Melibatkan secara aktif dalam bidang dakwah dan memilih PAS sebagai platform perjuangan Islam di Malaysia.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-