© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » Ustaz Ibrahim Libya Ikon Penentang ISA

Ustaz Ibrahim Libya Ikon Penentang ISA

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday 27 November 2015


Tragedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985 adalah kemuncak manifestasi penentangan ahli PAS terhadap ISA. Tokoh penggerak utama penggerak peristiwa ini ialah Ustaz Ibrahim Mahmood atau dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya. Beliau merupakan bekas pendakwah di Pusat Islam yang bersara dari jawatannya untuk berkhidmat dan memberikan kefahaman Islam kepada penduduk kampungnya (Memali) yang rata-ratanya agak rendah kefahaman dan pengalaman Islam.

Beliau mendapat pendidikan tinggi di Deoband, India, Universiti al-Azhar dan Kolej Dakwah Libya. Beliau merupakan calon PAS DUN Bayu, Kedah tahun 1978 dan 1982, bekas Naib Ketua PAS Kedah dan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Baling.Beliau juga pernah memimpin ABIM di Kedah,antaranya sebagai Pengerusi ABIM bagi daerah Baling.

Pada 2 September 1984, pihak keselamatan telah berusaha untuk menangkapnya di bawah ISA seperti yang dihadapi oleh pimpinan pemuda PAS yang lain seperti Ustaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Abdul Latif Mohamad dan lain- lain lagi tetapi gagal kerana usaha tersebut telah dihalang oleh penyokong-penyokongnya. Selepas dari itu, pihak polis memberitahu bahawa Ustaz Ibrahim dikawal ketat oleh penyokongnya dan beberapa usaha pihak polis untuk menangkapnya telah gagal. Usaha kemuncak untuk menangkap beliau di bawah ISA dilakukan pada 19 November 1985.

Menurut Kertas Tahanan 21 Memali, “gerakan tersebut ialah untuk menangkap Ibrahim bin Mahmood dan dua orang lain di bawah AKDN, tiga orang telah dikeluarkan waran tangkap ke atas mereka serta 32 orang pengikut disyaki terlibat dalam pergerakan jenayah yang terselindung di rumah Ibrahim Mahmood...” Menurut sumber Kertas Putih yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, seramai 576 orang anggota polis telah digunakan dalam operasi tersebut. Manakala dari sumber penduduk kampung seramai 3600 orang anggota polis terlibat.

Operasi penangkapan ini berakhir dengan satu tragedi yang menyayat hati dan perasaan serta menarik perhatian antarabangsa. Ianya telah mengorbankan Ustaz Ibrahim bersama 13 lagi pengikutnya dan 4 anggota polis. Media massa 'menghighlightkan' seolah-olah berlaku pertempuran yang dasyat di antara pihak keselamatan dan pejuang Islam di negara ini. Ada laporan  akhbar menyifatkan tragedi ini adalah satu peristiwa yang hampir sama dengan yang berlaku di Talang Sari dan tragedi Tanjung Periuk di  Indonesia.

Suasana agak tegang selepas tragedi itu. Seluruh media massa terarah untuk mengkambing-hitamkan PAS dan pimpinannya yang menyebabkan berlakunya peristiwa Memali terutama 'amanat Haji Abdul Hadi Awang' yang dikatakan mendominasi pemikiran pengikut PAS. Peribadi Ibrahim telah digambarkan sebagai penjenayah negara dan telah dituduh membawa ajaran sesat. BN dan media massa ternakan mereka terus menyalahkan PAS tanpa diberi ruang untuk membela diri.

Di antara mereka yang terkorban dalam tragedi ini ialah Ibrahim Mahmood, Ahmad bin Hassan, Syafie Dahaman, Abdullah Saman, Radzki@Zakaria Ahmad, Hambali Mohammad Senang, Idris A. Kadir, Mohd Aroff Hasyim, Zamri Mohd Isa, Abdullah Yassin, Mohd Daud Kadir dan Ahmad Ismail.

Manakala anggota polis yang terbunuh ialah Insp. Azmi Hamzah, Sarjan Abd. Rahman Mat Noor, Konstabel Jaafar Sain dan Konstabel Mohd Suli Uthman.

Pihak polis telah menahan seramai 110 orang pengikut Memali (penyokong Ustaz Ibrahim) dalam penjara dan menahan 36 orang di bawah ISA serta ditempatkan di Kem Kemunting, Taiping mulai 22 Januari 1986. Di antara mereka yang ditahan ialah:
  1. Razali Abd Kadir
  2. Abd. Rahman Salleh
  3. Hussain Yahya
  4. Osman Salleh
  5. Ishak Che Noh
  6. Che Mid Che Teh
  7. Shaari Ahmad
  8. Elias Mahmood
  9. Khatib Ibrahim
  10. Tajuddin Osman
  11. Ahmad Kadir
  12. Abd. Hamid Omar
  13. Zulkifli Ishak
  14. Sobiri Hassan
  15. Ramli Salleh
  16. Zakaria Jusoh
  17. Manas Abdullah
  18. Sahimi Hussain
  19. Zaman Mahmod
  20. Abd. Rahim Awang Boh
  21. Ishak Che Him
  22. Azmi Jusuh
  23. Abd Raof Ismail
  24. Abd Rahim Husin
  25. Abas Ibrahim
  26. Md. Piah Abdullah
  27. Ramli Che Mid
  28. Abdullah Che Soh
  29. Ahmad Ayub
  30. Mat Hassan Salim
  31. Zakaria Abd. Rahman
  32. Jaafar Nayan
  33. Mansur Othman
  34. Azmi Salim
  35. Md Piah Yunus
  36. Mahmood Yusuf Husain
Dalam siasatan awal, pihak polis meletakkan mangsa Memali di beberapa buah balai polis yang berasingan manakala di Kemunting, saudara Yusuf Husin(orang kanan Ustaz Ibrahim) diletakkan berasingan dengan 35 tahanan yang lain.

Tekanan dan kritikan telah diberikan kepada pihak kerajaan dalam menangani operasi Memali ini dan penahanan mereka di bawah ISA. Beberapa pemimpin tertinggi PAS berpendapat bahawa, pihak polis sepatutnya mengepung kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan bukannya menyerang dan ada individu yang mendakwa kematian di pihak polis adalah akibat terkena peluru M16, iaitu senjata pihak polis sendiri.

Tekanan yang agak kuat daripada PAS dan rakyat yang prihatin telah memaksa Menteri Dalam Negeri membebaskan tahanan ISA ini. Seramai 36 orang dibebaskan pada hari selasa 3 Jun 1986 iaitu genap empat bulan mereka 'direhatkan' di kem Kamunting tanpa perbicaraan mahkamah.

Memali adalah mercutanda kezaliman regim BN terhadap pejuang Islam negara ini. Tirai kezaliman regim tirani yang akan terus diingati oleh pencinta Islam negara ini. Ianya arca berdiri, perjuangan seorang ulama yang ikhlas dalam perjuangan menentang kezaliman dan kebobrokan BN. Harganya ialah dibunuh tanpa sebab yang hak, namun ianya mencelikkan mata jutaan yang lain, “daripada hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati bergalang tanah”. Moga Memali terus dipasak kukuh dalam ingatan kolektif kita semua.


Biodata Penulis

Dr. Riduan Mohamad Nor adalah AJK PAS Pusat dan AJK Lujnah Politik Pusat.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-