© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Home » » UG, Kerajaan Teknokrat dan Politik Matang

UG, Kerajaan Teknokrat dan Politik Matang

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday, 20 November 2015


Baru baru ini Dato’  Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Pas menimbulkan satu lagi istilah baru dalam senario politik negara, iaitu Kerajaan Teknokrat. Ia sama seperti semasa beliau perkenalkan gagasan Kerajaan Perpaduan (Unity Govt.) beberapa tahun lepas ( yang isunya berpanjangan sampai sekarang).

Kedua-dua istilah tersebut adalah istilah dalam ilmu sains politik. Bukan istilah yang direka-reka beliau. Sebagai seorang sarjana (Masters) dalam Siasah Syariah dan pengamal politik berpengalaman, beliau membawa idea-idea yang sekaligus menjadi pendidikan politik secara praktikal kepada negara ini.

Kedua dua bentuk kerajaan tersebut, Kerajaan Teknokrat dan Kerajaan Perpaduan adalah antara kaedah penyelesaian kepada kemelut politik yang dihadapi oleh sesuatu negara. Apabila Pemerintah dan Pembangkang hampir sama kuat atau sama-sama lemah, parlimen tidak boleh membuat keputusan besar termasuk kelulusan bajet, pindaan undang-undang dan akta-akta baru. Suasana politik dan ekonomi menjadi tidak stabil.

Maka sebuah penyelesaian perlu dicari sebelum negara menjunam ke arah huru-hara dan anarki.

“Kerajaan Teknokrat” dan “Kerajaan Perpaduan” ialah penyelesaian berbentuk sementara bagi mengatasi kemelut dan ketidakstabilan tersebut. Apabila pentadbiran kerajaan kembali berfungsi secara normal, suasana politik kembali stabil, kepimpinan diserahkan semula kepada parti-parti politik yang dipilih rakyat.

Kerajaan Teknokrat adalah sebuah kerajaan sementara di mana pimpinan kerajaan seperti Perdana Menteri dan kabinetnya dilantik dari kalangan tokoh Teknokrat, bukan ahli politik. Mereka bukan dari kalangan pimpinan politik mana-mana parti. Antaranya, mereka boleh dilantik dari kalangan tokoh akademik, korporat, aktivis sosial mahupun ahli pentadbiran jentera kerajaan.

Jadi keputusan yg dibuat mereka tidak dipengaruhi kecenderungan kepartian. Juga tidak ditentang oleh Pembangkang.

Maka negara berpeluang kembali normal.

UG pula ialah satu lagi penyelesaian sementara di mana semua parti politik terlibat dalam pentadbiran negara. Bersatu dalam pentadbiran pemerintahan sebab itu digelar Unity atau Perpaduan. Jadi tiada lagi Pembangkang kerana semuanya berada dalam kerajaan sementara tersebut. Tidak ada parti yang tersisih.

Dalam kerajaan tanpa pembangkang ini, keputusan dibuat secara kolektif, maka negara berpeluang kembali normal.

Setelah politik dan ekonomi kembali stabil, kerajaan diserahkan kembali kepada parti-parti politik. Pilihanraya baru diadakan bagi memilih keraiaan politik yang baru. Inilah pendidikan politik yang dibawa Dato’  Seri Haji Abdul Hadi Awang kepada negara  ini. Dibawa dalam bentuk cadangan atau gagasan kpd ahli politik dan rakyat awam. Beliau berada banyak langkah di hadapan pemimpin-pemimpin lain termasuk pimpinan BN dan pimpinan pembangkang.

Kejahilan dalam ilmu politik ini dan kegopohan mereka mengetepikan idea-idea bernas dan besar tersebut menyaksikan peluang peluang penyatuan rakyat negara ini terlepas begitu sahaja.

Sekarang Dato’  Seri Haji Abdul Hadi Awang membawa satu lagi pendekatan baru iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera yg dipandu prinsip prinsip politik Islam. Pendekatan Politik baru ini menekankan kepada inisiatif Penyelesaian Masalah bukan hanya menimbulkan masalah.

Matlamatnya ialah sistem  Islam yang memerintah negara. Siapa yang memerintah juga amat penting tetapi bukan perkiraan paling utama.

Pendekatan ini juga membawa prinsip Politik Dakwah. Objektif politiknya ialah mengubah dan menyelamatkan manusia termasuk “musuh” politik. Ianya bukan bertujuan menjatuhkan musuh politik secara membuta tuli; “tak kisah apa sahaja, asal kan musuh politik jatuh dan musnah” --- Ini bukan politik Islam.

Politik Damai ini juga tidak mahu tergesa-gesa membawa rakyat beremosi di jalanan, tetapi mengajak dan mengajar rakyat berkongres, berwacana. Bersama selesaikan masalah secara rasional.

Unjukrasa di jalanan menjadi pilihan terakhir, hanya apabila benar-benar perlu dan tiada pilihan lain yang berkesan. Ini semua budaya politik non-conventional yang mendidik ahli politik dan rakyat agar sentiasa mencari kaedah yg lebih inovatif dalam menangani urusan politik.

Kita berharap mutiara mutiara politik yg ditaburkan Dato’  Seri Haji Abdul Hadi Awang dapat dikutip, dihargai dan diguna pakai oleh semua pihak demi kesejahteraan negara.


Biodata Penulis

Prof. Dr. Badlihisyam Mohd Nasir merupakan Presiden, Ikatan Ilmuan Nasional.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM) | Pengerusi AKTAR 2017 Ustaz Hazmi bin Dibok
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-