© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » Jamiat Islami Bangladesh Diterjang Badai Ujian

Jamiat Islami Bangladesh Diterjang Badai Ujian

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday 27 November 2015


Perjuangan umat Islam di rantau sub-continent atau benua kecil India merupakan jalur sejarah yang panjang di mana umat Islam ke rantau ini pernah memiliki kerajaan Islam seperti empayar Moghul dan kesulitan Delhi. Wilayah ini juga turut memancarkan cahaya kebenaran Islam ke rantau lain melalui usaha perdagangan sehingga rantau Asia Tenggara turut menerima angin sejahtera Islam. British di rantau berjaya meruntuhkan kerajaan Islam yang menguasai benua kecil India dan telah berlaku perlawanan yang hebat umat Islam terhadap penjajahan British di rantau tersebut. India utara sejak zaman-berzaman juga terkenal dengan dengan reputasinya sebagai pusat pengajian hadith. Antara gerakan Islam yang paling berpengaruh di rantau ini ialah Jamiat Islam.

Jami'at Islami telah ditubuhkan di Labor pada 26 ogos 1941 untuk melaksanakan tuntutan al-Quran dan sunnah. Maududi telah mengundang seramai 150 orang pencinta Islam untuk bermesyuarat di kediamannya yang terletak berhampiran dengan masjid Mubarak, Islamia Park. Kelompok awal ini terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan moden yang terdiri di kalangan pemikir Muslim dan mewakili pelbagai latar belakang profesion. Majoriti kelompok ini ialah anak muda yang terdiri daripada kalangan yang berumur 20 hingga 40 tahun, serta mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. 

Jamiat Islami Bangladesh telah ditubuhkan selepas munculnya negara Bangladesh yang berpisah daripada Pakistan pada tahun 1971, berakar daripada pengasasnya di Pakistan pada tahun 1941. Gerakan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada umat Islam Bangladesh yang juga kuat beragama, kesan daripada bersemaraknya pusat pengajian Islam di kawasan bandar dan juga sub bandar dalam dekad 80-an. Negara ini juga sering terjadi wabak penyakit. Juga terletaknya daerah Tinggi yang merupakan tapak ijtimak jamaah Tabligh terbesar dunia.

Semasa awal mewujudkan Bangladesh, Jamiah Islami diharamkan di sana. Pemimpin Jamiat iaitu Ghulam Azam berhijrah ke UK dan Timur Tengah kerana kerakyatannya di batalkan oleh kerajaan Bangladesh yang dipimpin oleh Mujibur Rahman. Perbalahan politik berlaku di Bangladesh apabila Ghulam Azam dibenarkan kembali ke Bangladesh tetapi dia tidak dibenarkan terlibat dengan aktiviti politik. Jamiat Islami mula menjadi parti politik di Bangladesh pada tahun 1982 dan mereka memenangi 10 kerusi parlimen dalam Pilihanraya tahun 1986.

Perjalanan Jamiat Islami dalam politik Bangladesh sangat berliku, mereka diasak dengan kebencian awam melalui media perdana dan juga mahkamah, terutama dalam isu perang saudara 1971. Jamiat Islami Bangladesh telah dituduh bersubahat dengan pihak tentera Pakistan dan juga menubuhkan gerakan militia seperti 'al-badar'. Pada 1 ogos 2013 Mahkamah Agung Bangladesh telah mengharamkan pertubuhan politik Islam terbesar Bangladesh ini dan juga menjatuhkan hukuman kepada pemimpin Jamiat.

Antara yang telah dijatuhkan hukuman sampai mati ialah Abdul Kader Molla, Penolong Setiausaha Agung Jamiat  Islami. Lebih 40,000 anggota Jamiat Islami telah dipenjarakan di seluruh penjara Bangladesh. Tekanan ini juga telah membawa kepada bantahan awam terutama oleh penyokong muda mereka yang melihat tindakan mahkamah ini lebih bermotifkan politik untuk meredam kebangkitan Jamiat Islami.

Regim semakin menggila dengan semangat rakyat menolak kezaliman dan api dendam mereka terhadap Jamiat Islami Bangladesh. Regim juga telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Ustaz Kamaruzaman yang merupakan anggota Dewan Harian Jamiat. Terkini, dunia Islam juga tersentak dengan hukuman bunuh yang dijatuhkan kepada Setiausaha Agong Jamiat Islami, Sheikh Ali Ahsan Muhammad Mujahid. Jamiat Islami Bangladesh juga sering memberikan komitmen dalam program yang dianjurkan oleh PAS seperti Ijtimak Alami, Muktamar Tahunan dan sebagainya. Tribulasi dan mehnah yang mereka alami akan terus membajai perjuangan untuk mendaulatkan syariat Islam di tanah Moghul itu.

Biodata Penulis

Dr. Riduan Mohamad Nor adalah AJK PAS Pusat dan AJK Lujnah Politik Pusat.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-