© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » , » Kekhilafahan ISIS Hanya Khayalan - Prof Dr. Ahmad al-Raysuni

Kekhilafahan ISIS Hanya Khayalan - Prof Dr. Ahmad al-Raysuni

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday 4 July 2014


Seorang ulama pakar Maqasid Syariah dari Maghribi, Prof Dr. Ahmad al-Raysuni, Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia memberikan komentar bahawa deklarasi berdirinya Khilafah al-Islamiyah yang diumumkan (oleh Daulah Islam Iraq wa Syria - ISIS) tidak lebih hanyalah sebuah angan-angan, fatamorgana, dan mimpi baik ditinjau daripada sudut realiti ilmiah mahupun syariah.

Dalam laporan akhbar al-Tajdid (Selasa, 1 Julai 2014), Dr. Ahmad al-Raysuni menambah bahawa pada ketika ini umat Islam di pelbagai negara berdepan dengan para penguasa diktator yang menindas mereka dengan kekuatan senjata. Pada waktu yang sama tiba-tiba muncul sebuah organisasi baharu dan mendeklarasikan berdirinya khilafah dengan kekuatan senjata, lalu mengangkat seorang khalifah yang juga dengan kekuatan senjata, lantas memaksa kelompok lain untuk tunduk dan memberikan loyaliti sepenuh kesetiaan kepadanya dengan perkataan dusta, “Barangsiapa menguasai rakyat maka (baiah) ketaatan kepadanya adalah wajib.”

Jelas Dr. Ahmad al-Raysuni, kekhalifahan ini adalah khurafat belaka, deklarasi berdirinya khilafah ini tidak lain adalah sebuah khayalan yang dilakukan oleh orang-orang tidak berakal. Janji setia dilaksanakan oleh orang-orang yang tidak dikenali kepada orang yang juga tidak dikenalinya. Kita tidak tahu mereka ada di mana, di padang pasir atau gua. Oleh karena itu kewajiban untuk memberikan kepatuhan hanyalah terikat kepada orang-orang yang berkait sahaja.

Dalam hal ini beliau menukilkan perkataan Umar bin Khattab r.a yang diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari bahawa;
مَنْ بَايَعَ رَجُلًا عَنْ غَيْرِ مَشُورَةٍ مِنَ المُسْلِمِينَ فَلاَ يُبَايَعُ هُوَ وَلاَ الَّذِي بَايَعَهُ، تَغِرَّةً أَنْ يُقْتَلاَ
Sesiapa yang membaiah seseorang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di kalangan orang-orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang dibaiah dan orang yang memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh. (Rujuk Syarh Fath al-Bari, juz. 2: 144)

Oleh karena itu, menurut Dr. Ahmad al-Raysuni lebih tepat kalau dikatakan bahawa di Iraq sedang berlaku siri-siri suntingan filem. Tetapi naifnya, untuk memaparkan tontonan ini ia harus melalui dengan kaedah pertumpahan darah. Padahal yang sebenarnya, isu di Iraq ini adalah salah satu akibat daripada rangkaian kezaliman yang dialami rakyatnya sejak dahulu lagi, bermula dari masa Saddam Husein, penjajahan Amerika, dan pemerintahan Syiah (Nouri al-Maliki) yang didokong oleh Iran.

>> Baca Teks Asal


Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-