© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » , » Abdel Fattah al-Sisi Tidak Mendapat Mandat Rakyat Mesir

Abdel Fattah al-Sisi Tidak Mendapat Mandat Rakyat Mesir

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday 6 June 2014


Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) memandang sinis kemenangan Abdul Fattah al Sisi dalam Pilihan Raya Presiden Mesir semalam. LA PPM menganggap kemenangan beliau sebagai tidak mutlak kerana melakukan pelbagai penipuan selain kezaliman terhadap rakyat Mesir.

Apa yang dikesali, dalam keadaan penolakan rakyat yang memboikot Pilihan Raya Presiden Mesir, rejim al Sisi telah melakukan pembohongan dengan melanjutkan tempoh pengundian selama sehari selepas jumlah pengundi didapati kurang daripada 40 peratus. 92 peratus undian yang diperolehinya semalam bukanlah sesuatu yang membanggakan kerana ia hasil daripada penipuan, pemaksaan dan juga ugutan terhadap rakyat negara itu. Undi rosak yang berjumlah 1.07 juta menggambarkan bahawa rakyat Mesir tidak mahu mengangkat Al Sisi sebagai pemimpin sebenar. 

Sikap sebenar rakyat Mesir terhadap beliau adalah mesej jelas bahawa rakyat Mesir menolak pemerintahan beliau sebagai Presiden dan beliau perlu meletak jawatan sekiranya benar beliau seorang yang berwibawa dan mempunyai prinsip. Bahkan, Al Sisi sebenarnya tidak layak bertanding kerana pelbagai jenayah yang dilakukannya terhadap Presiden sah yang digulingkan, Mohammad Morsi, menjatuhkan hukuman mati terhadaqp pemimpin Ikhwan Muslimin serta membunuh ribuan rakyat pada tahun lepas. Sepatutnya beliau diadili, dihukum akibat kejahatannya itu serta tidak dibenarkan bertanding jawatan Presiden Mesir. Lebih memalukan lagi apabila beliau enggan membenarkan Presiden Morsi dibebaskan serta bertanding dengan beliau bagi jawatan Presiden.

Kemenangan Al Sisi melengkapkan sikap kediktatoran beliau yang mewarisi kezaliman Hosni Mubarak. Beliau sekarang adalah jelmaan Mubarak di era baharu dengan sikap dan tindakan yang sama terhaap rakyat Mesir. Beliau juga adalah Firaun zaman moden yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan memaksan rakyat tunduk kepada pemerintahannya. 

LA PPM berharap negara-negara Arab serta Malaysia tidak mengiktiraf kemenangan Al Sisi sebagai Presiden yang sah sehingga beliau membebaskan Mohammad Morsi dan mengembalikan pemerintahan yang digulingkan kepada Morsi. Hanya Morsi pemerintah yang diterima oleh rakyat Mesir sehinggalah Pilihan Raya Presiden Mesir baharu yang dijalankan dengan benar-benar bersih, telus dan diterima rakyat sebagai mandat mengangkat Presiden negara tersebut.


Biodata Penulis

Dr. Raja Ahmad Iskandar Al Hiss merupakan Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University of Manchester pada tahun 2003. Beliau memilih PAS sebagai platform perjuangan Islam dan dakwah sebenar di Malaysia.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-