© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM

Anakku Ahli PAS

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Thursday 29 May 2014


PAS memerlukan penggerak bukan sekadar penyokong sebagai penerusan kerja perjuangan. Macam mana kita mahu perjuangan PAS ada penerusan? Adakah dengan - Kun Fayakun - tanpa apa-apa perancangan. Dengan alasan PAS jamaah Islam, tidak payah berbuat sesuatu, serahkan kepada takdir sahaja. Adakah ini menepati dengan sunnah perjuangan Islam yang diajar oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. Sedangkan baginda sendiri memberi keutamaan kepada proses perkaderan sebagai usaha dakwah baginda.

Usamah bin Zaid dalam usia muda sudah diberi amanah yang besar, walau pun ada di kalangan pembesar sahabat yang lain untuk mengepalai peperangan untuk melawan Rom. Umurnya baru mencecah 18 tahun. Semuanya hasil tarbiyah Rasulullah s.a.w sejak daripada kecil.

Amat malang kepada PAS sekiranya proses ini tidak diberi keutamaan. Proses perkaderan yang paling mudah sekali ialah dari kalangan orang yang paling rapat sekali dengan kita, iaitu ahli keluarga kita. Allah telah memerintahkan kepada baginda supaya menyeru kepada ahli keluarga yang terdekat untuk menerima Islam. Firman Allah (surah al-Syuara 26: 214) :
 وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الأَقْرَبِينَ

"Berilah peringatan kepada mereka (ahli keluarga) yang hampir dengan kamu".

Apa makna kita berjuang siang malam, tiba-tiba anak kita sendiri yang tercicir di dalam perjuangan. Lebih parah lagi ada yang menentang perjuangan PAS. Semua gara-gara kecuaian ibu bapanya mentarbiyah anaknya untuk bersama dengan perjuangan Islam.

Kenapa Perlu Menjadi Ahli PAS
  1. Senang untuk dicula ketika musim pilihanraya, kerana seorang ahli, insyaAllah pasti memangkah PAS. Orang atas pagar belum tentu mereka akan bersama dengan PAS, apabila disogok dengan wang dan diasak dengan media. Berbeza dengan ahli, mereka tidak akan termakan dengan fitnah media dan sogokan wang. Walau pun dia tidak puas hati dengan calon, namun beliau tetap memangkah
  2. Senang untuk dikaderkan, kerana kita boleh mengetahui potensi diri yang ada di dalam setiap orang ahli. Kita tidak boleh melaksanakan perkaderan jika ia bukan ahli kita
  3. Senang untuk mendapat dana parti. Seperti yang kita maklum wang PAS daripada ahli PAS. Wang boleh diperolehi melalui yuran dan infaq ahli
  4. Seorang ahli dia merasa sayang dengan parti. Ia menganggap PAS bukan hak mana-mana individu, tetapi hak semua ahli
  5. Seorang ahli PAS ia akan menjadi jentera penerangan. Mereka akan menangkis fitnah musuh terhadap PAS. Mereka bertindak sebagai televisyen PAS di kedai kopi atau mana-mana perhimpunan orang ramai

Cara Untuk Memastikan Anak Menjadi Ahli PAS
  1. Apabila anak sudah baligh isilah borang ahli PAS
  2. Beri semangat kepada anak supaya meneruskan perjuagan PAS
  3. Jangan menakutkan anak-anak supaya jangan terlibat dengan PAS, nanti tidak dapat kerja. Yakinkan mereka bahawa tidak ada yang susah kerana berjuang Islam. Allah menjamin hambanya yang bekerja di jalan Allah
  4. Berikan semangat bahawa kerja di dalam jamaah akan dianugerahkan keberkatan oleh Allah
  5. Ajak mereka hadir ke program PAS sejak kecil lagi supaya mereka tidak kekok ketika mereka besar nanti
  6. Beri galakan  kepada anak lelaki menyertai Unit Amal, anak perempuan menyertai Nisa' dan Briged Muslimat
  7. Ketika mereka masuk ke Pusat Pengajian Tinggi pastikan anak meneruskan tradisi berjamaah dengan PAS
  8. Bawa anak-anak ke Markaz Tarbiah supaya daripada kecil sudah jinak dengan PAS
  9. Berbual dengan anak-anak mengenai perjuangan supaya mereka dapat menyampaikan pula kepada orang lain. Satu perkara yang silap apabila ada ibubapa yang tidak mahu membawa balik cerita PAS di rumah, kononnya tidak mahu anak serabut dengan perjuangan.

Satu mala petaka yang menimpa perjuangan PAS apabila ada ibu bapa membiarkan anak menentang perjuangan PAS dan menjadi pemimpin parti lawan. Banggalah jika kita berjaya meninggalkan warisan perjuangan apabila kita menemui Allah.

Biodata Penulis

Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad merupakan salah seorang exco PAS Pusat. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Fakulti Pengajian Islam (FPI) dalam pengajian sarjana dan menjadi pensyarah di sana. Pendakwah sepenuh masa dalam lapangan tarbiyah dan siyasah. Beliau memilih PAS sebagai platform perjuangan Islam dan dakwah sebenar di Malaysia.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-