© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » Ucapan Dr. Muhamad Badie', Musyidul 'Am Ikhwanul Muslimin di Dataran Rabaah

Ucapan Dr. Muhamad Badie', Musyidul 'Am Ikhwanul Muslimin di Dataran Rabaah

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Tuesday 9 July 2013



Segala puji bagi Allah ke atas kejayaan perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di Mesir dan halatujunya. Allah Yang Maha Kuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah Maha Kuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah Maha Kuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah-darah para shuhada'.

Kita akan berusaha melindungi Mesir dari cubaan untuk mencuri kebangkitan rakyat, kita akan terus kekal di sini dan di semua medan perhimpunan di seluruh Mesir demi melindungi presiden yang telah kita lantik.

Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir,
Wahai semua puak dan kumpulan yang mewakili rakyat Mesir,
Wahai kamu semua yang telah mencetuskan thaurah yang membanggakan.

Kamu telah korbankan para syuhada', saudara-saudara mu yang telah terkorban sebelum kamu di dalam penjara-penjara melalui penangkapan yang dibuat ke atas kamu, hak thaurah (revolusi) tidak akan disia-siakan.

Aku bukan orang yang melarikan diri, aku bukan orang yang terbelenggu (tertangkap), kita bukan daripada kalangan yang melarikan diri, kita adalah orang yang mencetuskan revolusi.

Ikhwanul Muslimin telah hidup dengan kamu dan kamu telah hidup bersamanya, maka kamu sangat mengenalinya, mereka banyak menghulurkan bantuan di saat-saat kecemasan, mereka selalu mendahulukan di saat kamu sangat memerlukan. Kamu menjadi saksi bila kami menyelesaikan masalah dengan pimpinan yang tidak memainkan peranan bersama pembantu-pembantu mereka.

Presidenku adalah Mursi, presiden kamu juga adalah Mursi, dia juga presiden semua rakyat Mesir, aku ingin perkatakan kepada tentera Mesir yang agung, kami pertahankan kamu dari belakang dan kamu pertahankan kami dari musuh musuh kami, kamu tidak akan melepaskan pelurumu ke atas anak watanmu sendiri dan orang-orang islam, kamu lebih terhormat dan lebih mulia dari ini, kami membantu kamu dan kamu membantu kami.

Peranan kamu wahai tentera mesir yang agung adalah menjaga sempadan dari para musuh, dan peranan kami adalah setelah kepulangan Dr.Mursi untuk kembali duduk berbincang, dokongan kami terhadap keamanan lebih kuat daripada butiran peluru dan kereta-kereta kebal. Puak fulul (pendokong rejim) hanyalah mahu mencetuskan peperangan antara tentera dan Ikhwan Muslimin, pemerintahan tentera tidak akan mengenal Mesir selepas ini.

Pihak tentera tidak sepatutnya mencampuri urusan politik pemerintahan, kerana ia akan memburukkan lagi tindakan-tindakan yang melampaui dasar rasionaliti. Mesir bukan lagi negara yang diperintah kuasa tentera, tetapi negara yang dipilih rakyat, yang mendokong penuh perlembagaan. Adapun rakyat Mesir ketika ini masih di peringkat permulaan melangkah transisi perubahan daripada konsep pemerintahan lepas kepada pemerintahan yang lebih demokratik dan berintegriti.

Saudara Mahdi Akef dalam tahanan sekarang. Allah malu untuk mengazab orang tua. Bagaimana kamu tidak malu pada sesuatu yang Allah malu. Bagaimana kamu tergamak menyeksa orang tua.

Wahai penduduk Mesir, kamu sekarang pada titik perpisahan bagi revolusimu, telah diputar-belitkan keadaanmu dan mereka mengatakan bahawa kamu bersama kerajaan peralihan ketenteraan. Adakah kamu bersama mereka?

Turunlah ke dataran dan suarakan hak kamu. Tidak ada pemerintah lain selain dia yang telah dipilih rakyat dan anggota Majlis Sya'b satu-satunya yang dipilih.

Kepada semua penuntut kebebasan di seluruh dunia, janganlah kamu mendengar dan membenarkan pemalsuan pihak media yang menipu, alangkah sedihnya mereka menjadi seperti ahli-ahli sihir Firaun bahkan mereka lebih teruk lagi. Pemerintah kami adalah Muhammad Mursi dan kami tidak akan menerima selain daripadanya

Kepada Syeikhul Azhar, kamu adalah simbolik kepada umat Islam, tetapi kamu tidak bercakap atas nama orang Muslim, setiap individu sama ada Kristian atau Muslim bercakap dengan nama (agama)-nya, maka kebebasan memberi kita hak tersebut, bukanlah peranan tentera semata-mata untuk menjaga kontra-revolusi dan tidak ada orang yang boleh bersuara bagi pihak rakyat, tidak Syeikh Azhar, dan tidak juga Bishop Twadharos, semua rakyat Mesir keluar sendiri ke kotak kotak undi dan menyuarakan pendapatnya dan mereka telah memilih pemerintah rakyat Dr. Mursi.

Kita yakin dengan janji Allah;

“Wahai orang yang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, Dia pasti akan menguatkan (memberikan pertolongan) langkah-langkah kamu.” (Muhammad:7)

Kepada orang-orang Kristian, mereka telah menakut-nakutkan kamu dari agama Islam dan akidah Islam, dan ingin aku katakan bahawa Allah telah mengarahkan kami melalui ajaran Islam untuk menjaga kesucian kamu, nyawa-nyawa kamu, harta-harta kamu dan kami tetap berpegang dengan janji ini.

Aku menyeru kepada seluruh rakyat Mesir, “Ayuh! Marilah turun ke medan medan untuk menyuarakan dan menggambarkan pendirianmu, dan mengembalikan presidenmu Dr. Muhammad Mursi.”
 ari
Dr. Muhammad Badie', Musyidul 'Am ke-8 Ikhwanul Muslimin di Mesir lantikan 16 Januari 2010

Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-