© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » , » Syeikh al-Qaradhawi Seru Pertahankan Syria

Syeikh al-Qaradhawi Seru Pertahankan Syria

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Wednesday 12 June 2013


Telah lama saya tidak menulis mengenai isu Syria. Rakyat Syria aliran Ahli Sunnah yang membentuk hampir 80% daripada penduduk negara itu sedang dihapuskan secara sistematik oleh tentera Syria sendiri di samping mendapat dokongan fanatik Syiah yang datang dari Iran, Iraq, Lubnan dan Yaman.

Kini, beberapa kelompok Syiah dari Bahrain, Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu telah dilihat berjuang bersama tentera rejim Presiden Bashar al-Assad. Sebenarnya mazhab al-'Alawi anutan Bahsar itu hanyalah kelompok minoriti di Syria. Mereka menjadi kuat kerana menguasai pasukan tentera sejak zaman penjajahan Perancis. Hari ini rejim yang zalim itu mendapat sokongan negara besar seperti Rusia dan China.

Dua minggu lalu, pemimpin Hizbullah, Hasan Nasrullah mengakui bahawa sebilangan besar anggotanya di Lubnan Syiah berjuang menentang pejuang yang dikatakan puak pemberontak di Syria (bermazhab Sunni) terutamanya di bandar al-Qosair. Kemasukan pejuang Hizbullah ke Syria sangat menggemparkan banyak pihak. Dilaporkan bahawa jumlah mereka itu menjangkau 4,000 orang.

Masyarakat Islam di dunia Arab tidak lagi memanggil kumpulan pejuang pimpinan Hasan Nasrullah itu sebagai Hizbullah (Golongan yang bersama Allah) sebaliknya menggelarkan mereka Hizbu Syaitan atau golongan yang bersama dengan syaitan.

Menurut tinjauan pendapat baru-baru ini yang dilakukan oleh beberapa TV satelit pan-Arab, 85% daripada responden mengganggap Hizbullah sebagai musuh orang-orang Arab dan umat Islam.

Sehubungan dengan itu, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi menyeru seluruh dunia Islam menjadikan hari Jumaat (14 Jun 2013) sebagai "Hari untuk Syria". Beliau menyebut demikian dalam kenyataan medianya pada minggu ini.

Beliau juga menyeru umat Islam mengadakan demonstrasi pada hari jumaat ini bagi menyatakan sokongan kepada rakyat dan pejuang pembebasan Syria khasnya bandar al-Qusair serta mengutuk pembabitan tentera Hizbu Syaitan (Hizbullah) dan pasukan bersenjata dari Iran serta lain-lain yang membantu rejim Syria.

Terdahulu dalam program "As-Syari'ah wal-Hayah" di stesen TV al-Jazeera (6 Jun 2013), Syeikh al-Qaradhawi menyebut, "Mereka (Syiah) sebenarnya telah mengkhianati kita sejak sekian lama dan akhirnya pada hari ini, semuanya menjadi jelas."

Katanya lagi, "Di Syria mereka sedang membunuh saudara seakidah kita bersama pasukan Hizbullah. Jangan panggil mereka Hizbullah, mereka selayaknya digelar Hizbu Syaitan dan Allah tiada kena-mengena dengan mereka."

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan tertegaknya negara-negara blok Syiah di rantau itu, "Mereka (Syiah) sedang menjalankan operasi penghapusan etnik di Syria dengan tujuan untuk membina 'Negara Syiah Barat' di sebelah barat Syria. Dengan tertegaknya negara baru itu, umat kita akan dibahagikan dan semakin kecil."

Sementara itu, pergerakan Ikhwan Muslimin di Mesir melalui sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengesahkan ulamak Islam seluruh dunia akan berhimpun di Kaherah selama dua hari iaitu pada 13-14 Jun ini bagi membincangkan isu umat Islam di Syria.

Kita menyedari bahawa kuasa politik Islam kelompok Sunni tidak berada dalam keadaan yang terbaik. Mesir ketika ini masih bergelut dengan saki baki sekular-liberal yang berusaha sedaya upaya untuk mengugat kestabilan dan menyekat arus perubahan yang dipimpin oleh Presiden Dr.Muhammad Morsi.

Negara Arab Saudi, walaupun mempunyai kekayaan, namun tidak tampil sebagai kuasa politik yang disegani. Dari segi ketenteraan juga negara itu tidak memiliki gah walaupun berbilion-bilion dolar AS dikorbankan untuk membeli senjata dari sekutunya di barat.

Negara Turki juga sedang berhadapan dengan masalah tersendiri. Pakistan juga menghadapi masalah ekonomi dan politik tidak berkesudahan. Negara-negara umat Islam di Asia dan nusantara terletak agak jauh dari Timur Tengah dan tidak merasai apa-apa ancaman tentang hegemoni Syiah.

Walau pun begitu, kita tidak boleh berpeluk tubuh.


Biodata Penulis

Utaz Imran bin Selamat merupakan kolumnis ruangan isu Timur Tengah di dalam akhbar Harakah. Beliau pernah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat, Kuala Lumpur dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains dan Teknologi di Sana'a, Yemen. Melibatkan secara aktif dalam bidang dakwah dan memilih PAS sebagai platform perjuangan Islam di Malaysia.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-