© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » Kewajiban Memahami Asas Perjuangan PAS

Kewajiban Memahami Asas Perjuangan PAS

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Wednesday 5 June 2013


Semua ahli mesti memelihara dasar dan matlamat perjuangan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS diasaskan di atas prinsip yang jelas bagi menegakkan sabuah masyarakat yang berjalan di dalamnya sabuah masyarakat Islam, mematuhi prinsip dan dasar Islam di dalam menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Di atas prinsip inilah PAS diwujudkan sehingga berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi di dalam perjuangan yang panjang ini.

Seluruh pendokong memahami betapa hebatnya perjuangan ini. Ianya di asas oleh prinsip yang jelas. Perjuangan PAS bukan semata-mata untuk mendapatkan kuasa pemerintahan negara, ia lebih besar dari itu ialah menyelamatkan rakyat dalam negara ini daripada kemurkaan Allah dengan membetulkan dasar perjuangan agar tidak bertentangan dengan prinsip Islam.

PAS ingin tegaskan bahawa pertembungan PAS bukan sahaja dengan fahaman nasionalisme, kapitalisme bahkan apa jua fahaman ideologi yang bertentangan dengan syarak. PAS menentang sekularisme, sosialisme, komunisme, dan pragmatisme dan sebarang ideologi yang bertentangan dengan dasar Islam, walau apa "isme" sekalipun.

PAS bukan berlawan dengan UMNO kerana namanya UMNO, tetapi dasar yang di bawa oleh UMNO yang bercanggah dengan syarak, itu dasar nasionalisme yang menggunakan dasar pemikiran Niccolò Machiavelli sebagai pegangan, menghalalkan amalan riba dalam sistem ekonomi, mengizinkan kemungkaran yang diberi lesen dan lainnya yang nyata bercanggah dengan dasar syarak.

Maka demikianlah PAS akan menolak sosialisme, walau ia bukan UMNO. Ini dasar yang kita pegang. Matlamat untuk memerintah negara tidak mengizinkan kita menerima sebarang cara yang tidak syari'e.

Penerimaan kita bekerjasama dengan pelbagai parti mesti ada ikatan tahaluf, yang mengikat kita dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Akibat kebencian kepada parti pemerintah yang membuak- buak oleh semua pihak, maka terkadang kita terikut-ikut arus kemarahan, tanpa memikir apakah asas penentangan kita.

PAS tiada ikatan tahaluf selain PKR dan DAP. Sebarang ikatan rakan dalam PR dengan pelbagai kumpulan di luar adalah ikatan yang tidak boleh memaksa PAS menerima sama. PAS akan meneliti prinsip syarak, apakah Islam membenarkan atau sebaliknya. Ini parameter kita dalam mewujudkan kerjasama.

Perjuangan kita bukan sekadar menumbangkan satu sistem jahiliyyah dan membina satu jahiliyyah yang lain. Kita berjuang untuk tegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah. Perjuangan yang meletakkan prinsip dosa dan pahala, halal dan haram serta patuh syariah sebagai prinsip.

Isu rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan, penindasan, dan lain adalah kemungkaran yang berleluasa dalam negara. Namun harus diingat pergaulan bebas, arak, perzinaan, riba, eksploitasi wanita, monopoli sumber ekonomi, kemiskinan akhlak dan budaya juga kemungkaran yang mesti ditentang. Hakikat ini memerlukan pendokong parti memahami asas perjuangan PAS, bukan hanya ghairah untuk lawan tanpa memahami kemana hala tuju perjuangan selepas tumbangnya sistem jahiliyyah ini.



Biodata Penulis

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Jerantut, Pahang Darul Makmur. Beliau mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan melanjutkan sehingga ke peringkat Sarjana (M.A) dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan. Pernah menyandang sebagai Naib Presiden PAS pada tahun 2009-2004. Kini sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Pahang.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-