© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » » Hukuman Mati Menanti Pimpinan Ulamak di Bangladesh

Hukuman Mati Menanti Pimpinan Ulamak di Bangladesh

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday 8 March 2013


Kerajaan Bangadesh yang diketuai oleh Presiden Syeikh Hasinah Wajed binti Syekh Mujibur Rahman waktu ini ingin menghapuskan kemaraan Jama'at Islamiyyah, sebuah gerakan Islam di Bangladesh sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Syekh Hasinah yang memenangi pilihanraya pada tahun 2009 dengan penuh penipuan, selain memperoleh sokongan dari kerajaan India serta pertolongan sebahagian pemimpin tentera. Beliau kemudian meminda perlembagaan negara dengan mencorak ke arah lebih sekular dengan menghapuskan fasa berkaitan beriman dengan Allah serta mempercayaiNya. Beliau kemudian berusaha menghalang kebangkitan Jama'at Islamiyah di Bangladesh dengan menangkap pemimpin utama mereka iaitu :
  • Amir Jama'at Islamiyah yang juga bekas Ahli Parlimen dan bekas Menteri Perindustrian dan Pertanian, Syeikh Muth'ie'urrahman Nizomi.
  • Bekas Amir Jama'at Ismaliyah dan pemikir Islam, Prof. Ghulam 'Aazhom.

  • Naib Amir Jama'at Islamiyah dan bekas Ahli Parlimen (alim dalam bidang Tafsir) Syeikh Dalour Husein Sai'idi.

  • Setiausaha Agung Jam'aat Islamiyah, Ali Ahsan Muhammad Mujahid.

  • Penolong Setiausaha Agung Jama'at Islamiyah, Mohammad Qamaruzzaman.

Kerajaan pimpinannya juga dilaporkan menahan lebih 40,000 aktivis parti Islam tersebut.

Melihat kemungkinan parti Islam tersebut mampu memenangi Pilihanraya Parlimen akan datang maka kerajaan Hasinah menyebarkan berita palsu di media-media milik kerajaan memburukkan parti Jama'at Islamiyah bahawa pemimpinnya adalah punca jenayah perang yang berlaku antara negara Pakistan dan Bangladesh pada tahun 1971.

Walau bagaimanapun, umat Islam Bangladesh lebih mengenali akhlak baik pimpinan parti Islam berkenaan khasnya Prof.Ghulam A'azhom yang dikenali selepas Al-Marhum Sayyid Abul A'ala Al-Maududi. Dilahirkan pada tahun 1922 serta dibesarkan di rumah nendanya di bandar Dhaka.

Begitu juga pada tahun 1973, kerajaan Bangladesh ketika itu diketuai oleh Syekh Mujiburrahman (ayah Syekh Hasinah) membuang kerakyatan Prof.Ghulam. Pada tahun 1994, beliau kembali memperoleh kerakyatan melalui proses mahkamah yang mengambil masa yang agak lama.

Ulamak tafsir, Syeikh Dalour Husein, Naib Amir Jam'at Islamiyah pula banyak menyampaikan pengajian sehingga ramai yang memeluk Islam di tangannya.

Rakyat Bangladesh sedia maklum Jama'at Islamiyah sama sekali tidak terlibat dalam sebarang jenayah perang antara Pakistan-Bangladesh. Selepas lebih 40 tahun peperangan berakhir, maka kerajaan Bangladesh menubuhkan "Mahkamah Jenayah Antarabangsa" semata-mata membicarakan pimpinan Jama'at Islamiyah.




Biodata Penulis

M.Abdul Malik bin Abdul Karim mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar Fakulti Bahasa Arab, Kaherah. Banyak menulis esei berkaitan isu-isu hangat di Timur Tengah, antara buku tulisan beliau bertajuk Mesir Sebelum Dan Selepas Dr.Mursi, Travelog Luka Air Mata Syria dan banyak lagi. Anak kelahiran Kelantan Darul Naim ini memilih PAS sebagai platform perjuangan Islam di Malaysia.
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-