© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-
Akademi Tarbiyah DPPM
Home » , » Al Azhar : Iran Tidak Boleh Mengganggu Politik Negara Teluk

Al Azhar : Iran Tidak Boleh Mengganggu Politik Negara Teluk

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday 8 February 2013


Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran pertama yang melangkahkan kakinya di Mesir selama lebih dari 30 tahun terakhir, diberi sambutan dengan permaidani merah oleh Presiden Mohammad Mursi sebelum menerima teguran dari Syeikhul Al Azhar, Syeikh Ahmed Tayyib.

Syeikh Ahmed Tayyib meminta Presiden Iran, Ahmadinejad tidak campur tangan dalam hal ehwal politik Bahrain atau negara-negara Teluk lain dan perlu mempertahankan minoriti Sunnah yang telah lama bertapak di negara Iran.

Syeikh Ahmed Tayyib turut menolak apa yang disifatkan sebagai penyebaran 'Shiaisme' - ajaran Syiah di wilayah masyarakat Sunnah (Ahl Sunnah wal Jama'ah). Syeikh Ahmed Tayyib berkata demikian dalam kenyataan selepas bertemu Ahmadinejad, menuntut presiden Iran itu menghormati Bahrain sebagai negara Arab yang bersaudara dengannya dan tidak campur tangan dalam hal ehwal negara Teluk.

Pada bulan Oktober tahun lepas, Bahrain memanggil duta Iran atas campur tangan Teheran dalam urusan internal negara Teluk itu. Ia berikutan polisi Syiah-Iran telah mendukung protes majoriti rakyat Syiah di Bahrain terhadap negara monarki Sunni di Bahrain.

Kekalkan Minoriti Sunnah

Syeikh Ahmed Tayyib juga berkata, Ahmadinejad perlu mempertahankan hak minoriti Sunnah di negara berfahaman Syiah itu. Beliau meminta Ahmadinejad memberi jaminan penuh hak-hak warga minoriti Sunnah di Iran dan berharap tokoh-tokoh ulama Syiah di negeri itu mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penghinaan terhadap para Sahabat Nabi S.A.W.

Berikutan pertemuan itu, Ahmadinejad mengadakan sidang akhbar di Al Azhar dan berkata beliau datang dari Iran untuk memberitahu bahawa Mesir dan rakyatnya berada dalam hati rakyat Iran.

"Saya berharap lawatan ini menjadi permulaan baharu bagi perpaduan antara kedua-dua rakyatnya," katanya. Beliau juga menawarkan bantuan pinjaman dan kerjasama strategik dengan Mesir, namun mendapat sambutan dingin.

Sementara itu seorang lagi ulama kanan Al Azhar, Syeikh Hassan Al Shafie yang bercakap selepas Ahmadinejad, memberi komentar terhadap sebahagian penganut Syiah yang menghina beberapa sahabat Nabi Muhammad ketika presiden Iran itu mendengar dengan wajah kurang senang yang ketara.

Syeikh Hassan Al Shafie mengenai lawatan Ahmadinejad ke Al Azhar mengungkapkan, "perbincangan ini jujur, Al Azhar tak ingin berpura-pura dan membohongi hasil pertemuan Syeikh Ahmed Tayyib dengan Ahmadinejed."

Puak Syiah yang berfahaman melampau telah mencerca sebahagian sahabat dan mendakwa mereka telah merampas kuasa daripada sepupu baginda, Ali bin Abi Talib yang mereka yakini sebagai pewaris khalifah yang sah.

Ketika lawatannya ke Masjid Hussain, Ahmadinejad dicemuh seorang lelaki yang juga melempar kasut dan hampir mengenainya ketika beliau berada di perkarangan masjid tersebut. Lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana berang terhadap sokongan Iran kepada kerajaan Rejim Bashar Al Assad.

Menurut laporan, lelaki berkenaan terus ditahan sejurus selepas cuba pula memukul pengawal keselamatan Ahmadinejad, juga dengan kasutnya, di hadapan Masjid Hussein.

Aksi membaling kasut sebelum ini dilabel sebagai tanda tidak hormat di kalangan negara-negara Arab. Ia mula menular selepas serangan yang sama dilakukan oleh wartawan Iraq ke atas Presiden George W. Bush dalam satu sidang media pada tahun 2008. – Islamopedia
Kumpulan Penterjemah Berita Antarabangsa Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
Share this article :
 
Unit Penerbitan dan Media IT (UPIM)
Ketua Pengarah AKTAR Ustaz Mohd Hanif Haron | Timbalan Pengarah AKTAR Ustaz Hud Saleh
Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, No 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur .
Copyright © 2011. Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia - All Rights Reserved
© Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011-